PA lancar program baharu susur sejarah silam & budaya Jalan Besar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keluarga-keluarga baharu yang menetap di salah sebuah estet perumahan tertua di Singapura tidak lama lagi boleh mempelajari sejarah tempat mereka tinggal.
Persatuan Rakyat (PA) akan menganjurkan siri kegiatan di Jalan Besar mulai bulan depan bagi menjejak sejarah dan budaya kawasan itu.
Bertepatan dengan cuti sekolah, risalah itu menjanjikan pengembaraan buat si cilik dan juga mereka yang berjiwa muda.
Menerusi sebuah jejak warisan baharu mulai Jun, peserta boleh merungkai bayangan yang diberi serta menyelesaikan teka-teki di 12 lokasi, termasuk tempat-tempat ibadah serta pasar basah.
Estet Jalan Besar meliputi daerah yang kaya dengan warisan seperti Chinatown, Kampong Gelam dan Kolam Ayer.
Bagi ramai keluarga muda yang berpindah ke kawasan ini, program tersebut satu peluang menarik untuk menyusuri sejarah daerah tersebut.
Mengulas lanjut mengenai program baharu itu, Penasihat bagi GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah berkata: "Kita telah melancarkan satu program bernama 'Kembara di Jalan Besar' di mana kita mahu keluarga-keluarga bersama anak mereka menjalani satu ekpedisi di dalam Jalan Besar sendiri.
"Jadi saya harap program sebegini dan program-program akan datang akan lebih tertumpu kepada keluarga-keluarga. Saya rasa ia adalah penting kerana keluarga adalah tunggak untuk masyarakat kita," tambahnya.
Di acara karnival, para penduduk diperkenalkan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh mereka jangkakan.
Usaha terbaharu itu menyusuli 60 acara kemasyarakatan yang dianjurkan sepanjang tahun lalu di estet Jalan Besar.
Kebanyakannya, seperti karnival air dan hari sukan, menyasarkan keluarga.
Sepanjang beberapa tahun lalu, 10,000 isi rumah sudahpun berpindah ke Jalan Besar.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.