Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PA lancar 2 program baharu, bimbing pemimpin belia & kumpulan sivik sempena ulang tahun ke-60 NACLI

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Sep 2024 06:07PM Dikemas Kini : 28 Sep 2024 10:25PM
SINGAPURA: Persatuan Rakyat (PA) meningkatkan usahanya untuk memupuk dan memperkasa pemimpin masyarakat baharu.

Lantas, seiring dengan sambutan ulang tahun ke-60 Institut Kepimpinan Masyarakat Kebangsaan (NACLI), dua program baharu dilancarkan.

50 pemimpin muda akan dibimbing untuk mengendalikan projek-projek dari bawah, sedang para pemimpin masyarakat sivik akan dilatih untuk mengemudi isu-isu sosial yang kompleks.

Menurut Naib Pengerusi PA Edwin Tong, para pemimpin diperlukan dalam setiap aspek kehidupan di Singapura.

Mengulas mengenai program baharu yang dilancarkan itu, Pengerusi MAEC, Kelab Masyarakat Zhenghua Encik Mohamad Fariezan Abas: "Program baharu ini memberi peluang yang hebat kepada semua anggota sukarelawan dalam masyarakat di mana kami diberi peluang untuk bekerjasama dengan pemimpin masyarakat sivik yang lain.

"Peluang juga diberikan untuk mempelajari amalan yang terbaik, bekerjasama untuk mencipta dan membentuk program-program untuk pelbagai segmen masyarakat yang lebih berkesan," jelasnya.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan