Skip to main content

Singapura

PA akan rintis penyambungan semula kegiatan bagi warga emas lengkap divaksin

Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang sudah lengkap divaksin akan boleh mengikuti semula beberapa kelas dan kegiatan di 21 kelab masyarakat dan hab masyarakat bersepadu mulai 1 November.

Anggaran Waktu Membaca:
PA akan rintis penyambungan semula kegiatan bagi warga emas lengkap divaksin

(Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 08:47PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 08:49PM

SINGAPURA: Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang sudah lengkap divaksin akan boleh mengikuti semula beberapa kelas dan kegiatan di 21 kelab masyarakat dan hab masyarakat bersepadu mulai 1 November.

Ini termasuk kraftangan, tarian 'line dancing', yoga kerusi, qigong, opera Teochew, tayangan filem dan lawatan berpandu.

Ia adalah sebahagian daripada usaha perintis Persatuan Rakyat (PA) untuk menyediakan penduduk warga emas dengan "persekitaran yang selamat untuk kekal sihat dan aktif, dan menjalin semula ikatan sosial", menurut agensi itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (29 Okt).

Kelas secara fizikal telah digantung di tengah-tengah pandemik COVID-19, dengan banyak kursus kemahiran hidup dan gaya hidup PA beralih ke wadah online.

Namun PA menyatakan ini memberi kesan kepada kehidupan seharian warga emas, kerana ada yang mendapatinya sukar untuk terus terperuk di rumah.

"Warga emas juga telah berkongsi dengan kakitangan dan sukarelawan kami bahawa mereka semakin sunyi untuk tinggal di rumah. Mereka berharap kegiatan sosial dapat disambung semula tidak lama lagi supaya mereka dapat berjalin semula hubungan dengan rakan-rakan mereka dan mengekalkan kesihatan mental dan kesejahteraan," kata PA .

Senarai program yang akan disambung semula hampir tidak terbatas, menurut PA.

"Kelas dan kegiatan ini tidak melibatkan perkongsian barangan, lantas mengurangkan risiko penularan jangkitan virus menerusi permukaan kerap disentuh," tambahnya.

Warga emas yang sudah pulih daripada COVID-19 juga boleh turut serta dalam program-program itu.

Related article image
(Sumber: PA)

(Sumber: PA)

Kelas dalam sekitaran tertutup melibatkan pelitup dibuka akan diadakan dalam kumpulan dua orang, terhad kepada 30 orang dalam satu sesi.

Bagi kelas yang diadakan di tempat terbuka atau kelas dengan pelitup dipakai, sehingga 50 orang boleh turut serta, terbahagi kepada dua orang setiap kumpulan.

"Bagi aktiviti melibatkan pelitup dibuka seperti senaman dan/atau yang bergerak di antara lokasi, contohnya lawatan berjalan kaki, warga emas mesti mengisytiharkan keputusan ujian pantas antigen (ART) negatif sebelum mereka boleh mengambil bahagian," tambah PA.

Mesti ada jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara individu untuk senaman dan 3 meter antara kumpulan.

Kegiatan di sekitaran tertutup yang melibatkan pelitup dibuka, seperti menyanyi, yang dianggap aktiviti berisiko tinggi, tidak akan disambung semula. Begitu juga dengan kelas menggunakan peralatan yang dikongsi seperti karaoke, mahjong dan catur.

Mereka yang tidak divaksin tidak akan dapat mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan tersebut, walaupun dengan keputusan ujian pra-acara yang negatif.

Program itu juga tidak akan dibuka kepada golongan lebih muda, bagi mengelakkan risiko warga emas dijangkiti, jelas PA.

Tambahnya, a akan memantau kadar penyertaan serta keadaan COVID-19 sebelum memutuskan sama ada akan meluaskan inisiatif itu untuk merangkumi lebih banyak kegiatan atau melanjutkannya ke CC lain atau ruang masyarakat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita