ORNSman SCDF Muhammad Haziq diiktiraf selamatkan jiran dalam kebakaran di Tampines
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semasa kebakaran berlaku di blok rumahnya di Blok 898 Tampines Street 81 pada 9 Januari lalu, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNSman) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) SGT1 (NS) Muhammad Haziq Mohd Haniff tidak menunjukkan sebarang rasa cemas.
Berbekalkan latihan dan pengalaman di barisan hadapan semasa Perkhidmatan Negara, SGT1 (NS) Haziq malah bertindak dengan cukup tenang.
SGT1 (NS) Haziq berada di rumah apabila terdengar penduduk menjerit dari blok yang bertentangan.
“Mereka cuba memberitahu kami tentang kebakaran di blok kami.
"Pada mulanya, kami tidak dapat melihat sebarang asap dari unit kami, dan tidak tahu di mana kebakaran itu berlaku,” katanya, seperti dipetik laman SCDF.
Namun, apabila beliau melangkah keluar, seorang jiran bernama Muhammad Faris Haji Mohamed, yang berlari dari blok berhampiran, memberitahunya bahawa kebakaran berlaku di tingkat 12 - lima tingkat di atas unit rumah SGT1 (NS) Haziq.
Semasa Encik Faris membantu memindahkan jiran, SGT1 (NS) Haziq mendapat tahu daripada penduduk lain bahawa masih ada orang di dalam unit yang terjejas.
“Dengan menggunakan apa yang telah saya pelajari di SCDF, saya segera menilai keadaan untuk bahaya berpotensi, seperti gas atau bahan mudah terbakar,” kata SGT1 (NS) Haziq.
Sambil menutup hidung dan mulut dengan baju, SGT1 (NS) Haziq memasuki unit itu.
Beliau kemudian menemui dua penghuni, dengan salah seorangnya menggunakan kerusi roda.
“Saya menenangkan mereka dan dengan cepat membantu mereka keluar dari unit itu,” kongsinya, seperti dinukil laman SCDF.
Kebakaran yang melibatkan kandungan ruang tamu itu dipadamkan dengan jet air.
SCDF kemudian membawa empat orang, termasuk SGT1 (NS) Haziq, ke hospital.
SGT1 (NS) Haziq turut diperiksa bagi penghiduan asap dan dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
“Dalam perjalanan ke hospital, saya sempat berbual ringkas dengan jiran, dan mereka meluahkan rasa terima kasih.
"Kini, kami akan menyapa antara satu sama lain apabila bertemu di kawasan kejiranan,” katanya.

“Oleh sebab saya telah dilatih untuk situasi seperti ini semasa Perkhidmatan Negara, saya bertindak mengikut naluri untuk membantu dan bergantung pada apa yang telah saya pelajari,” kata SGT1 (NS) Haziq.
Malah semasa Perkhidmatan Negara, SGT1 (NS) Haziq mempunyai pengalaman memberi respons terhadap pelbagai kecemasan kebakaran dan perubatan serta usaha menyelamat bersama rakan-rakannya.
"Bertugas di barisan hadapan mengajar saya untuk menjadi fleksibel. Setiap operasi mempunyai cabaran tersendiri, dan anda perlu mencari cara untuk mengatasinya,” katanya.
PENGALAMAN DAN PESANAN
Awal dari itu, beliau juga menjalani latihan di Akademi Pertahanan Awam dan terus meningkatkan kemahirannya melalui pengalaman di lapangan.
Beliau turut mengimbau kembali pengalamannya menangani kebakaran unit kediaman di Telok Blangah pada 2022, di mana seorang mangsa maut akibat terhidu asap.
“Kejadian itu tetap terpahat dalam ingatan saya, dan kadang-kadang saya masih memikirkannya,” katanya.
“Setiap kebakaran adalah berbeza dan setiap saat amat penting. Anda perlu menilai keadaan dengan teliti sebelum memutuskan tindakan yang sesuai.”
Beliau menambah bahawa sekiranya berlaku kebakaran, penduduk perlu memberitahu orang lain, berpindah ke tempat selamat, menghubungi 995 dan mengaktifkan penggera kebakaran terdekat.
SGT1 (NS) Haziq juga menekankan bahawa orang awam harus sentiasa menjaga keselamatan diri semasa memberikan bantuan dalam kecemasan.
Beliau turut menekankan peri penting menjadikan rumah selamat daripada kebakaran, dengan menyatakan bahawa memasak tanpa pengawasan dan masalah elektrik merupakan dua punca utama kebakaran kediaman.
“Dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak meninggalkan masakan tanpa pengawasan, mengelakkan penggunaan soket berlebihan, mematikan perkakas elektrik apabila tidak digunakan, dan tidak mengecas peranti semalaman, kita dapat membantu mencegah kebakaran,” tegasnya.
“Mempunyai alat pemadam api atau selimut kebakaran di rumah juga boleh membantu memadamkan kebakaran kecil,” tambahnya, seperti dipetik laman SCDF.
SGT1 (NS) Haziq berharap pengalamannya akan mendorong orang lain untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa melalui Program 'Responders Plus' atau di premis SCDF.
“Kita mungkin bertemu dengan orang dalam keadaan terdedah, sama ada semasa kebakaran atau kecemasan perubatan.
"Tindakan kecil untuk menyokong, seperti memeriksa kesejahteraan seseorang atau menyampaikan maklumat kepada penyelamat kecemasan, boleh mencetuskan perbezaan.
"Jika kita saling menjaga antara satu sama lain, kita boleh membantu menjaga keselamatan keluarga dan masyarakat kita,” tambahnya lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.