Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orkid tempatan dinamakan sempena PM Czech

Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) menamakan sejenis orkid bersempena nama Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babiš. Orkid Dendrobium Andrej Babiš dinamakan bersempena kunjungan beliau ke Taman Bunga Singapura pagi Selasa (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jan 2019 08:27PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 09:43PM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) menamakan sejenis orkid bersempena nama Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babiš.

Orkid Dendrobium Andrej Babiš dinamakan bersempena kunjungan beliau ke Taman Bunga Singapura pagi Selasa (15 Jan).

Encik Babiš melakukan lawatan rasmi dua hari iaitu lawatannya yang pertama ke Singapura dan Asia.

Beliau disambut dengan penuh istiadat di Istana petang semalam, sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Halimah Yacob.

Dalam jamuan malam selepas itu, PM Lee menegaskan lagi hubungan dua hala yang akrab dan mesra antara kedua-dua negara.

PM Lee mengucapkan terima kasih kepada Encik Babiš yang menyokong kuat Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-EU dan berharap perjanjian itu akan disahkan secepat mungkin.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan