Skip to main content

Singapura

Orkid M'sia jadi antara tarikan di Taman di Pesisiran sempena Orkid Extravaganza

Anggaran Waktu Membaca:
Orkid M'sia jadi antara tarikan di Taman di Pesisiran sempena Orkid Extravaganza

Gambar: Edwin Tong/Facebook

Diterbitkan : 01 Aug 2023 11:53PM Dikemas Kini : 02 Aug 2023 12:10AM
SINGAPURA: Kedua-dua spesies orkid dan kacukan dengan keturunannya yang boleh dikesan di Malaysia kini dipamerkan di Taman di Pesisiran sempena Orkid Extravaganza: Orkid Tropika Timur, pameran flora terkini.

Kepelbagaian orkid seperti Aranda Noorah Alsagoff, Dendrobium Dawn Maree hybrid dan Papilionanda Mimi Palmercan boleh dilihat di sekitar 'Rumah Pahang', sebuah rumah tradisional mini, yang dibina khas di sudut Flower Dome.

Rumah itu juga dihiasi dengan artifak budaya dari Malaysia seperti batik, alat muzik tradisional dan wau, serta bunga kebangsaan Malaysia, Hibiscus rosa-sinensis, yang terkenal dengan bunga-bunganya yang menarik.

Rumah Pahang merujuk kepada rumah tradisional yang terdapat di negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang.

"Ini adalah inisiatif yang sangat baik untuk memperkenalkan seni dan budaya kami kepada pengunjung yang datang ke Taman di Pesisiran," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Azfar Mohamad Mustafar kepada agensi berita Bernama.

Bukan sahaja Malaysia, The Orkid Extravaganza yang diadakan sehingga 17 September 2023, juga akan menempatkan orkid yang berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, dan Thailand.

Terdapat juga pameran 'kebaya', sebagai menyokong pencalonan yang dikemukakan bersama oleh lima negara untuk menyenaraikan 'kebaya' dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.

Usaha multinasional itu diumumkan lewat tahun lalu.
Antara lain, Yayasan Warisan Johor akan mengadakan persembahan di Taman di Pesisiran pada 20 Ogos 2023 melibatkan 30 penghibur.

Pameran bunga itu dilancarkan pada Ahad oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita