Orkid kacukan Dendrobium Masjid Yusof Ishak sumbangan kepada warisan flora S'pura
Sejenis orkid kacukan dinamakan sempena nama Masjid Yusof Ishak.
SINGAPURA: Sejenis orkid kacukan dinamakan sempena nama Masjid Yusof Ishak.
Lebih menarik lagi, ia juga merupakan kali pertama sebuah masjid tempatan diberikan penghargaan menjadi sebahagian daripada warisan flora Singapura dengan menamakan sejenis orkid sempena namanya.

Bunga orkid kacukan yang diberi nama Dendrobium Masjid Yusof Ishak tersebut merupakan hadiah daripada seorang pakar orkid hibrid, Syed Yusof Alsagoff yang dipilih daripada koleksi peribadi beliau.
Orkid atau bunga anggerik itu diletakkan bersebelahan orkid kacukan Dendrobium Nooraishah yang dinamakan sempena nama Puan Nooraishah, isteri Presiden pertama Singapura Encik Yusof Ishak.
Ia adalah hadiah istimewa Kebun Bunga Singapura kepada Puan Nooraishah ketika pembukaan Masjid Yusof Ishak tahun lalu.
Puan Nooraishah turut hadir di acara penamaan bunga Dendrobium Masjid Yusof Ishak bersama Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin hari ini (14 Apr).

Usaha tersebut merupakan satu inisiatif pasukan sukarelawan Masjid Yusof Ishak sendiri untuk menghidupkan minat Allahyarham Yusof Ishak dan isterinya terhadap bunga orkid.
Pihak masjid berharap dapat menghasilkan lebih banyak jenis orkid kacukan Dendrobium Masjid Yusof Ishak untuk dijadikan tanda mata khas dari pihak masjid pada masa akan datang.
Orang ramai juga boleh datang melihat bunga istimewa itu yang hanya terdapat di Masjid Yusof Ishak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.