Orkid kacukan baru dilancarkan sempena Ekspo 2020 Dubai
SINGAPURA: Sejenis orkid kacukan baru dilancarkan Singapura dan dinamakan khas sempena Ekspo 2020 di Dubai.
Ini merupakan kali pertama sejenis orkid kacukan dicipta khas bagi acara global yang menghimpunkan 192 negara itu.
Acara itu ditangguhkan sebelum ini disebabkan COVID-19.
Dinamakan 'Dendrobium Expo 2020 Dubai', orkid itu berwarna kuning dan ungu, yang merupakan warna-warna logo ekspo tersebut.
Bunga itu dilancarkan sempena meraikan Hari Singapura di Ekspo untuk mengiktiraf penyertaan Singapura dalam acara global itu.
Persembahan-persembahan di acara itu turut mempamerkan identiti pelbagai etnik dan budaya Singapura.
Menteri Kanan Teo Chee Hean, yang merasmikan majlis itu, berkata orkid tersebut melambangkan hubungan yang semakin kukuh antara Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura dan juga penghargaan kedua-dua negara kepada alam semula jadi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.