Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orkid dinamakan sempena Naib Presiden AS Kamala Harris

Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris pada Isnin (23 Ogos) menerima sejenis orkid yang dinamakan sempena nama beliau dan sebagai tanda penghormatan bagi memperingati lawatan rasminya ke Singapura selama tiga hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2021 07:31PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 09:25PM

SINGAPURA: Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris pada Isnin (23 Ogos) menerima sejenis orkid yang dinamakan sempena nama beliau dan sebagai tanda penghormatan bagi memperingati lawatan rasminya ke Singapura selama tiga hari.

Orkid yang diberi nama Papilionanda Kamala Harris itu disampaikan kepada Cik Harris di Istana sebagai "diplomasi orkid".

Bunga hibrid itu berukuran setinggi 40 sentimeter dan mampu menghasilkan sehingga 12 bunga, setiap satu berukuran selebar 9 sentimeter, menurut Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) dalam satu kenyataan media.

Ia mempunyai kelopak bunga dan sepal berwarna merah jambu bercampur ungu, dan bintik-bintik merah jambu.

"Ia cantik dan saya berbesar hati menerimanya," kata Cik Harris di acara berkenaan.

Beliau menyertai barisan pemimpin negara dan tetamu terhormat yang mempunyai orkid yang dinamakan sempena nama mereka, termasuk Presiden AS Joe Biden dan isterinya Jill.

Bunga orkid mereka - Dendrobium Joe dan Jill Biden - diberikan semasa lawatan rasmi mereka ke Singapura pada 2013 apabila Encik Biden ketika itu menyandang jawatan naib presiden AS. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan