Orchard Towers jalani kerja-kerja naik taraf dua tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orchard Towers, yang pernah dikenali sebagai tempat yang mempunyai reputasi tidak baik, sedang menjalani proses naik taraf untuk merubah imejnya dan ini akan mengambil masa dua tahun.
Kerja-kerja bagi membina bahagian luaran baharu sedang dijalankan, dan beberapa penyewa mesra keluarga memulakan perniagaannya di bangunan tersebut.
Sekalipun demikian, usaha Orchard Towers untuk meninggalkan sejarah silamnya merupakan satu cabaran besar.
Pihak pengurusan masih menerima aduan mengenai kegiatan mencurigakan di dalam dan luar pekarangan bangunan itu setiap minggu.
Jumlah peruncit bangunan 53 tahun tersebut sudah mencapai kira-kira 70 peratus, iaitu jumlah yang agak rendah dan masih terdapat kedai yang kosong dibandingkan dengan pusat beli-belah moden berdekatan, sepanjang laluan pusat beli-belah Singapura yang sibuk itu.
PERUNCIT BAHARU MULAKAN PERNIAGAAN
Pusat hiburan malam di Orchard Towers menghentikan operasi awal tahun ini selepas polis berhenti memberikan dan memperbaharui lesen.

Sebilangan bar dan kedai urut yang merupakan perniagaan utama bangunan tersebut sudah berpindah.
Kini, ia digantikan dengan perniagaan mesra keluarga seperti kedai perabot, farmasi dan kedai makan. Pusat tuisyen dan studio tarian juga mendaftar untuk medapatkan ruang yang disediakan.
Pihak pengurusan bangunan itu menyatakan bahawa ia berharap untuk menarik syarikat pemula dan usahawan muda untuk menubuhkan perniagaan, dalam usaha untuk menarik golongan baharu dan pelanggan berbeza ke bangunan tersebut.
Penyewa baharu berkata mereka tertarik dengan usaha pembaharuan dan pelan naik taraf bangunan tersebut. Yuran sewa juga lebih berpatutan, iaitu 15 peratus lebih rendah berbanding pesaingnya di Orchard Road.
APA KATA PARA PENIAGA?
Sebuah kedai antik menyatakan pemiliknya mengambil masa agak lama untuk meninjau kawasan tersebut, untuk memastikan reputasi kurang baik kawasan itu tidak menjejas perniagaannya, sebelum memulakan perniagaan di sana tiga bulan lalu.
Satu lagi kedai yang menjual permaidani menyatakan bahawa sejak ia memulakan perniagaan di Orchard Towers pada Mei tahun ini, perniagaannya bertambah baik, dengan kenaikan 10 sehingga 20 peratus setiap bulan.
ADA ISU YANG KEKAL
Meskipun usaha untuk memperbaiki imej Orchard Towers dilakukan, beberapa masalah masih kekal.
Pihak pengurusan menyatakan ia menerima aduan setiap dua atau tiga hari mengenai kegiatan maksiat yang berlaku di pekarangan bangunan, termasuk penduduk berdekatan yang ditawarkan perkhidmatan seksual.
Mekipun kawasan luar bangunan bukan di bawah bidang kuasa pengurusan, ia berharap kerja-kerja naik taraf akan menghalang individu sedemikian daripada berlegar-legar di kawasan itu pada masa depan.
CABARAN PENJENAMAAN SEMULA
Pemerhati industri berkata Orchard Towers memerlukan transformasi lebih mendalam serta memperbaharui lebih daripada sekadar penampilan luaran bangunannya untuk menjadi lebih menyerlah daripada pusat beli-belah lain.
Ada yang mencadangkan agar namanya diubah untuk membantu bangunan itu menghapuskan masa lalunya yang teruk.
Namun, pihak pengurusan menyatakan bahawa sejumlah besar penyewa menolak cadangan tersebut, dengan memberi alasan nilai sentimental pada bangunan itu.
Satu lagi cabaran dalam usaha penjenamaan semula bangunan itu adalah kebanyakan unit adalah milik strata.
Ia bermakna setiap unit dimiliki pemilik berbeza, yang menyukarkan untuk mengawal jenis penyewa, kata Encik Eugene Lim, seorang pegawai eksekutif utama agensi hartanah ERA Singapore.
"Kebanyakan pusat beli- belah berdekatan dimiliki satu pemilik dan mereka mempunyai kuasa penuh ke atas penyewa. Bagi Orchard Towers, penyewa yang ingin ruang yang besar tidak berpeluang untuk menyewa kecuali setiap pemilik bekerjasama dan menawarkan ruang tersebut secara bersama," jelas Encik Lim.
Beliau menekankan bahawa penyewa memainkan peranan penting untuk menjayakan sebuah pusat beli-belah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.