Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orchard Road bermandi cahaya Krismas mulai 12 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Orchard Road bermandi cahaya Krismas mulai 12 Nov

Gambar: Orchard Road Business Association

SINGAPURA: Kampung Krismas kembali membuat penampilan dalam pemasangan lampu perayaan di Orchard Road selepas dua tahun ditiadakan akibat pandemik COVID-19.

Tahun ini merupakan edisi ke-39 hiasan lampu Krismas mewarnai kawasan Orchard Road.

Dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Orchard Road (ORBA) dengan sokongan
Lembaga Pelancongan Singapura (STB), kampung Krismas 'The Great Christmas Village" bermula dari 7 Disember hingga 2 Januari 2023 di Ngee Ann City Civic Plaza, menurut ORBA dalam satu sidang media pada Khamis (27 Okt).

Penyalaan lampu pula bermula pada 12 November hingga 2 Januari, yang mana seluruh kawasan Orchard Road akan bergemerlapan dengan hiasan lampu Krismas yang memukau dengan unsur-unsur interaktif, kegiatan dan persembahan secara langsung dalam suasana karnival.

Pemasangan sepanjang 3.1 kilometer itu bermula dari Tanglin Road dengan gerbang berwarna teal dan putih, menampilkan roda Ferris dan bintang bergemerlapan– hingga ke Plaza Singapura.

Satu ciri baru tahun ini ialah lampu-lampu LED yang dipasang pada 104 pokok merupakan lampu LED. Dari warna putih ia akan bertukar kepada warna merah jambu semasa Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih pada tahun depan.

Pemasangan gerbang utama setinggi 16 meter di simpang Orchard Road dan Scotts Road akan disinari lampu berwarna-warni serta desain berwarna merah, putih dan teal.

PERTUNJUKAN AR DAN BANYAK LAGI

Turut kembali tahun ini ialah pertunjukan 3D selama 10 minit dengan realiti tambahan, atau AR, yang berlangsung setiap malam dari 7.00 malam hingga 10.00 malam di tembok bangunan Mandarin Gallery menghadap Ngee Ann City.

Buat pertama kali tahun ini, tembok bangunan lain yang menghadap Somerset juga mempamerkan pertunjukan 3D.

Acara penyalaan lampu Krismas akan dirasmikan Presiden Halimah Yacob pada 12 November, memulakan sambutan selama tujuh minggu sebelum Tahun Baru.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan