Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai terpaksa beratur berjam-jam di bangunan ICA untuk dapatkan pasport

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Kallang Road sesak pada Khamis (12 Mei) apabila orang ramai bergegas untuk mendapatkan pasport, dengan pegawai keselamatan melakukan "pemeriksaan" dan memberi arahan kepada para pelawat.

Encik Ad Maulod adalah salah seorang daripada mereka yang datang ke ICA. Beliau menunggu tiga jam sebelum mendapatkan pasport barunya, sehari sebelum beliau merancang untuk melakukan perjalanan ke Malaysia.

"Saya sakit tulang belakang sekarang (kerana berdiri di dalam barisan)," kata beliau, sambil menggambarkan keadaan di dalam bangunan tersebut.

Beliau merancang untuk melakukan perjalan ke Kuala Lumpur pada Jumaat dan ini adalah kali kedua beliau beratur untuk mendapatkan pasport, kata penyelidik yang berumur 38 tahun itu.

Pada Rabu (11 Mei), beliau menunggu selama empat jam dengan harapan untuk mempercepatkan proses mendapatkan pasport.

Beliau mendaftar untuk membuat pasport baru pada 2 April tetapi dengan gambar lama. Apabila pendaftaran itu ditolak pada 22 April, beliau diberitahu bahawa ia akan mengambil seminggu lagi untuk diproses.

"Seminggu kemudian, tidak ada apa-apa berlaku dan saya mula cemas," kata beliau. Ini adalah perjalanan pertama bersama keluarga saya selepas sekian lama. Beliau sangat bersyukur kerana penantian beberapa jam itu membuahkan hasil.

Terdapat "permintaan tinggi" untuk mendapatkan pasport sejak sekatan perjalanan dilonggarkan.

Mereka yang ditemui Mediacorp pada Khamis di Bangunan ICA sedar akan keadaan demikian namun berasa mereka tidak ada pilihan lain.

"Saya terdesak," kata Encik Ad.

PATUHI GARIS PANDUAN GAMBAR PASPORT

Seorang jurucakap ICA pada Rabu berkata rakyat Singapura yang perlu segera melakukan perjalanan ke luar negara, harus datang ke bangunan ICA untuk menghantar dokumen sokongan untuk diproses berdasarkan kes masing-masing.

Jurucakap ICA itu menambah bahawa proses pendaftaran akan mengambil masa lebih lama dengan minimum enam minggu jika ada lonjakan dalam jumlah pendaftaran ataupun ada masalah dengan pendaftaran seperti gambar yang diberikan tidak mematuhi garis panduan.

Beliau menggesa orang ramai untuk memastikan gambar yang dihantar semasa pendaftaran pasport mematuhi garis panduan untuk mengelak daripada kelewatan dalam tempoh proses.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan