Orang ramai diundang beri saranan berikutan serangan siber SingHealth
Orang ramai yang ingin memberikan saranan mengenai bagaimana untuk menangani serangan keselamatan siber berikutan pencerobohan data SingHealth baru-baru ini akan dapat berbuat demikian mulai sekarang hingga 31 Oktober, pada 5.00 petang.
SINGAPURA: Orang ramai yang ingin memberikan saranan mengenai bagaimana untuk menangani serangan keselamatan siber berikutan pencerobohan data SingHealth baru-baru ini akan dapat berbuat demikian mulai sekarang hingga 31 Oktober, pada 5.00 petang.
Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat serangan siber ke atas pangkalan data pesakit SingHealth lewat Jun lalu menyatakan demikian dalam satu kenyataan media pada Selasa (11 Sep).
Insiden itu melibatkan 1.5 juta rekod pesakit SingHealth diakses dan disalin manakala, maklumat mengenai preskripsi pesakit luar 160,000 orang juga dicuri.
Orang ramai boleh memberikan saranan secara bertulis dalam tiga bidang - mengesyorkan langkah-langkah untuk mengukuhkan rancangan tindak balas jika kejadian serupa berlaku lagi, bagaimana untuk melindungi sistem pangkalan data pesakit SingHealth daripada serangan serupa, dan mengusulkan langkah-langkah melindungi sistem teknologi maklumat (IT) sektor awam.
Mereka yang ingin berkongsi pendapat mereka harus menyertakan nama, pekerjaan, alamat, nombor telefon dan alamat emel masing-masing. Mereka juga harus memaklumkan pertubuhan yang mereka mewakili, jika relevan, dan memaklumkan sekiranya mereka mempunyai sebarang kepentingan kewangan atau lain-lain lagi berhubung isu itu.
Mereka yang menyerahkan perwakilan bertulis boleh memaklumkan sekiranya, mereka bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan panel COI.
Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan ketua hakim daerah yang sudah bersara Encik Richard Magnus, dijangka mengadakan perbincangan antara 21 September dengan 5 Oktober. Butiran akan diumumkan kemudian.
Perwakilan bertulis hendaklah dihantar kepada setiausaha jawatankuasa, Encik Thng E-Shen, atau setiausaha bersama, Cik Melanie Huang, di:
Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI)
#05-00 Old Hill Street Police Station
140 Hill Street
Singapura 179369
Secara berasingan, orang ramai yang mungkin mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan dengan data peribadi mereka boleh menghubungi Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi, melalui laman web di www.pdpc.gov.sg.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.