Skip to main content

Singapura

Orang ramai dipelawa tinjau Fasa 2 Laluan Thomson-East Coast secara maya

Orang ramai boleh meninjau-ninjau Fasa 2 Laluan Thomson-East Coast (TEL) sebelum perkhidmatan bermula pada 28 Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Aug 2021 04:52PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 08:41PM

SINGAPURA: Orang ramai boleh meninjau-ninjau Fasa 2 Laluan Thomson-East Coast (TEL) sebelum perkhidmatan bermula pada 28 Ogos ini.

Mereka boleh mengunjungi tempat-tempat sepanjang laluan baru itu secara maya, membina model MRT dan mendengar kisah-kisah di sebalik tabir dari para jurutera.

Demikian antara kegiatan yang dirancang bagi rumah terbuka online antara 23 hingga 27 Ogos ini.

Pembukaan Tahap 2 TEL pada asalnya dijadualkan dibuka menjelang hujung 2020 tetapi ditangguhkan ke hujung suku pertama tahun ini disebabkan penangguhan akibat pandemik COVID-19.

Selepas itu, gangguan selama lima jam pada Disember tahun lalu yang disebabkan kerosakan isyarat mendorong LTA untuk menyemak semula sistem itu lantas menunda pembukaannya kepada suku ketiga 2021.

Apabila enam stesen di Fasa 2 laluan TEL mula beroperasi nanti, sekitar 100,000 isi rumah akan dapat berjalan kaki tidak lebih 10 minit untuk sampai ke sebuah stesen TEL.

Laluan TEL adalah laluan MRT keenam di Singapura.

Sepanjang 43 kilometer, ia akan mempunyai 32 stesen baru.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita