Skip to main content

Singapura

Orang ramai dipelawa kirim maklum balas berhubung usaha Grab ambil alih Trans-cab

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada Isnin (14 Ogos) menyatakan bahawa ia sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas awam berhubung pengambilalihan yang diusulkan oleh syarikat Grab ke atas pengendali teksi Trans-cab.

Pemerhati persaingan tersebut sedang mendapatkan pandangan tentang bagaimana pengambilalihan tersebut, yang pertama kali diumumkan pada Julai lalu, boleh menjejas harga, mutu dan kuantiti khidmat oleh pemandu teksi dan pemandu kereta sewa privet, antara lain.

Tarikh akhir bagi kiriman maklum balas tersebut ialah 5.00 petang pada 25 Ogos. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman CCCS.

Jika ia diluluskan, langkah tersebut akan menyaksikan pemerolehan 100 peratus saham Trans-cab menerusi Grab Rentals.

Trans-cab merupakan pengendali teksi ketiga terbesar di Singapura yang mempunyai lebih 2,500 kenderaan.


Kedua-dua pihak menjangkakan perjanjian tersebut dimuktamadkan pada suku keempat 2023, tertakluk kepada kelulusan pihak kawal selia dan syarat-syarat pemindahan lain.

Semasa satu sidang parlimen pada 3 Ogos, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Alvin Tan berkata CCCS akan menilai kesan pemerolehan tersebut dan berunding dengan pihak berkepentingan sebelum mencapai kata putus.

Pemerhati persaingan tersebut merujuk kepada lembaga berkanun di bawah MTI.

CCCS pada Isnin sedia maklum bahawa Grab dan Trans-cab telah memohon bagi keputusan mengenai sama ada pemerolehan tersebut akan melanggar seksyen 54 Akta Persaingan 2004, yang melarang gabungan yang akan menyebabkan atau mungkin dijangka menyebabkan pengurangan persaingan yang ketara.

Menurut CCCS, Grab dan Trans-cab telah menyatakan bahawa pemerolehan tersebut tidak akan mengakibatkan pengurangan persaingan yang ketara dalam pasaran tersebut, memandangkan terdapat "pertindihan minimum" antara mereka; kekurangan larangan yang menghalang kemasukan; dan pasaran sewa yang sangat berpecah belah dan kompetitif.

"Grab akan terus dikekang oleh persaingan yang sengit daripada syarikat teknologi serta pengendali teksi yang lain di pasaran platform tersebut," jelas kedua-dua pihak tersebut.

"Para penumpang dimaklumkan dengan jelas dan menggunakan lebih daripada satu khidmat platform kereta sewa, manakala pemandu menunjukkan tahap sensitif yang tinggi terhadap harga dan cenderung untuk beralih kepada pengendali saingan apabila ditawarkan dengan tambang yang memiliki struktur, kadar atau insentif yang lebih baik."


Pengambilalihan yang dirancang bagi Trans-cab oleh Grab itu, dilaksanakan menyusuli gabungan Strides Taxi dan Premier Taxis pada Mei lalu demi membentuk pengendali teksi kedua terbesar di Singapura.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita