Skip to main content

Singapura

Orang ramai dipelawa beri pandangan tentang undang-undang kawal pengecasan kenderaan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jun 2022 08:46PM Dikemas Kini : 15 Jun 2022 10:29PM
SINGAPURA: Pemerintah sedang mendapatkan pandangan orang ramai mengenai undang-undang untuk mengawal pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Undang-undang yang disarankan bakal memberi kuasa kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menguatkuasakan peraturan baru mengenai EV.

Di bawah peraturan tersebut, bekalan, penggunaan, pemasangan dan penyenggaraan alat pengecas perlu mematuhi piawai keselamatan yang ditetapkan.

LTA juga boleh menguatkuasakan peraturan pelesenan bagi pengendali alat pengecas EV untuk menjamin keandalan dan mutunya.

Selain itu projek-projek pembangunan yang mempunyai tempat letak kereta melibatkan kerja elektrikal perlu memasang sejumlah alat pengecas EV.

Usaha mendapatkan pandangan orang ramai mengenai saranan-saranan itu dimulakan hari ini (15 Jun) hingga 14 Julai depan.
Sumber : CNA/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita