Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai dipelawa beri pandangan mengenai saranan terhadap Sistem Keadilan Keluarga

Pasangan-pasangan yang di ambang perceraian mungkin boleh mendapat lebih banyak bantuan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2019 08:31PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 11:32PM

SINGAPURA: Pasangan-pasangan yang di ambang perceraian mungkin boleh mendapat lebih banyak bantuan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Sekiranya perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi, proses perceraian pula bakal dipastikan tidak begitu menyakitkan keluarga mereka.

Sebuah jawatankuasa bagi melakukan pembaharuan kepada Sistem Keadilan Keluarga (RERF) telah membentangkan satu siri saranan.

Pemerintah kini mahu mendapatkan pandangan orang ramai mengenai saranan-saranan itu.

Mereka boleh memberikan maklum balas mulai esok (20 Sep) hingga 1 November ini menerusi portal REACH.

Salah satu saranan Jawatankuasa RERF adalah memudahkan pasangan yang bercadang hendak bercerai mendapatkan khidmat nasihat dan perantara sebelum mereka menfailkan permohonan bercerai.

Salah satu caranya adalah menerusi wadah online yang menggabung maklumat dari semua agensi pemerimtah.

Menerusi wadah itu, pasangan boleh membuat penilaian sendiri mengenai keadaan perkahwinan mereka, mendapatkan maklumat mengenai perumahan dan kewangan serta berkongsi isu-isu peribadi dengan kaunselor.

"Perbalahan dalam perkawinan adalah hal yang sangat peribadi. Ia mungkin menjadi terlalu teruk. Melalui kaunseling, kami berharap dapat melihat lebih banyak pasangan yang berdamai dan menyelamatkan perkahwinan mereka daripada memfailkan perceraian," kata Menteri Pembangunan Keluarga dan Sosial Desmond Lee.

"Kami juga berharap apabila pasangan membuat keputusan untuk berpisah, mereka faham dengan jelas tentang kesannya dan akan menyedari kesan proses perceraian terhadap anak-anak mereka."

Sementara itu, Pengarah Divisyen (Spesialis) di Thrive Parenting!, Hilyah Saparin, berkata:
"Ada kalanya, pasangan tidak begitu yakin sama ada^ mereka patut terus memfailkan perceraian mereka ataupun tidak. Jadi, mereka agak terumbang-ambing di situ. Dengan kaunseling pre-action ini, mungkin para pekerja sosial atau kaunselor boleh bantu mereka berbincang dan memahami emosi mereka."

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan