Orang ramai dipelawa beri maklum balas tentang bagaimana LTA boleh permudah perjalanan di Laluan Circle
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen MRT Harbourfront. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mendapatkan maklum balas awam tentang bagaimana ia boleh membantu para penumpang yang menggunakan MRT Laluan Circle.
Laluan Circle akan siap sepenuhnya tahun hadapan dengan pembukaan tiga stesen baharu.
Antara lain ia akan menawarkan corak-corak perkhidmatan yang unik bagi keperluan bergerak ke sana ke mari.
Bagaimanapun papan-papan tandanya perlu dikemas kini untuk menunjukkan arah laluan MRT.
Pihak berkuasa ingin tahu sama ada ia harus dipanggil lingkaran dalam dan luar, mengikut arah putaran jam dan lawan arah jam, atau jika orang ramai lebih suka istilah lain.
Sesetengah platform MRT juga akan disusun bertingkat-tingkat di atas satu sama lain, dan bukannya bersebelahan seperti yang biasanya.
Model-modelnya akan dipamerkan di Stesen MRT Promenade sehingga Isnin depan, di mana penumpang boleh memberikan maklum balas tentang apa yang mereka fikir akan memudahkan perjalanan mereka.

Sumber : CNA/AA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.