Orang ramai dipelawa beri maklum balas syarat pelesenan baru bagi pembiak, penjaga haiwan peliharaan
Pihak berkuasa akan mengumpul maklum balas orang ramai tentang syarat pelesenan yang disemak bagi pembiak dan penjaga haiwan peliharaan.

(Gambar: Taufiq Zalizan)
SINGAPURA: Pihak berkuasa akan mengumpul maklum balas orang ramai tentang syarat pelesenan yang disemak bagi pembiak dan penjaga haiwan peliharaan.
Semua kemudahan jagaan haiwan akan diwajibkan mematuhi syarat pelesenan baru itu berbanding hanya lima syarikat jagaan haiwan yang bertempat di kawasan ladang sekarang.
Para penjaga juga perlu mematuhi syarat jagaan kesihatan dan kebajikan haiwan yang lebih ketat.
Pihak berkuasa menganggarkan tambahan 50 penyedia khidmat jagaan haiwan akan diletakkan di bawah skim pelesenan baru itu.
Bagi para pembiak, kebajikan haiwan akan menjadi keutamaan.
Syarat baru juga itu akan merangkumi lebih banyak haiwan, seperti kucing dan mamalia kecil yang lain.
Orang ramai boleh memberikan maklum balas mereka secara online di laman web AVS.
Perundingan awam akan berakhir pada 31 Jul.
"Dengan lebih ramai penduduk di Singapura mempunya haiwan peliharaan, kami menyaksikan lebih banyak haiwan peliharaan di rumah. Banyak anggota masyarakat yang berminat ... untuk berkongsi maklum balas mereka mengenai bagaimana haiwan kesayangan mereka dibiak dan dijaga" kata Menteri Negara Pembangunan Negara, Tan Kiat How.
“Menjaga kesihatan dan kesejahteraan haiwan adalah tanggungjawab kuta bersama. Doktor haiwan, penternak dan penjaga haiwan, kumpulan kesejahteraan haiwan, pelatih, semua daripada kita yang mempunyai haiwan peliharaan harus terus bekerjasama untuk meningkatkan piawai keseluruhan dalam sektor haiwan peliharaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan haiwan kita, "tambahnya.
Syarat-syarat yang disemak itu akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan akan dikuat kuasakan sepenuhnya sebelum pertengahan tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.