Orang ramai dinasihat jangan dapatkan khidmat peguam S K Kumar Law Practice
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin daripada Google Street View.
SINGAPURA: Persatuan Undang-undang Singapura pada Jumaat (30 Jun) mengeluarkan kenyataan menasihatkan orang ramai supaya tidak mendapatkan khidmat peguam-peguam daripada S K Kumar Law Practice.
Ini kerana firma tersebut dilaporkan tidak mempunyai lesen sah untuk mengamalkan undang-undang di Singapura mahupun sebarang peguam yang mempenyai sijil yang sah untuk mengamalkan urusan undang-undang di Singapura.
Peguam-peguam daripada firma tersebut yang sebelum ini dilaporkan dalam berita termasuk Charles Yeo, yang masih bebas, sedangkan tuduhan jenayah terhadapnya masih belum selesai. Ini bagi tuduhan-tuduhan termasuk menyerang seorang pegawai polis dan mengguriskan perasaan penganut Kristian di media sosial.
Seorang lagi peguam di yang bekerja dengan S K Kumar Law Practice adalah Encik Dhanwant Singh, yang didenda S$50,000 pada 2019 kerana memasukkan wang berjumlah S$100,000 daripada seorang klien ke dalam akaun klien firmanya, dan bukan akaun penghantarnya.
Empunya firma undang-undang tersebut, Encik S K Kumar, juga dipecat pada 2017 atas salah laku termasuk mengelirukan mahkamah dan membuang masanya dengan tidak menghadiri perbicaraan atau meminta penangguhan perbicaraan yang tidak diperlukan sama sekali.
Baru-baru ini pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan semula saman kecuaian melibatkan pemandu teksi Cheng Hoe Soon. Ini disebabkan kelakuan tidak bertanggungjawab dan kurang sopan peguam daripada S K Kumar Law Practice.
Persatuan berkenaan pada Jumaat menasihatkan orang ramai supaya tidak mendekati atau melibatkan firma itu, atau sesiapa yang dikatakan berasal daripada firma itu, bagi urusan undang-undang.
Persatuan itu turut menasihatkan mereka yang sudah mendapatkan khidmat firma tersebut bagi perkara yang masih belum selesai, agar mendapatkan khidmat firma guaman lain dengan segera. Ini bagi memastikan kes-kes mereka dikendalikan dengan cara yang betul.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.