Skip to main content

Singapura

Orang ramai digesa hanya hubungi 995 untuk kecemasan yang mengancam nyawa

Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai digesa hanya hubungi 995 untuk kecemasan yang mengancam nyawa

Pesakit di Hospital Tan Tock Seng.

Diterbitkan : 26 Feb 2022 08:26AM Dikemas Kini : 26 Feb 2022 08:27AM

SINGAPURA: Orang ramai sekali lagi digesa supaya hanya menghubungi talian 995 sekiranya berlaku kecemasan yang mengancam nyawa.

Sedang Singapura beralih kepada kehidupan dengan COVID-19, penggunaan khidmat-khidmat perubatan kecemasan dan jabatan kecemasan 995 secara "wajar dan berhemat" adalah penting, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada lewat Jumaat (25 Feb).

"Ini akan memastikan bahawa para pesakit yang benar-benar memerlukan jagaan perubatan kecemasan, boleh menerimanya tepat pada masanya."

Pihak berkuasa mengumumkan bahawa panggilan ke talian 995 yang diterima SCDF sudah meningkat daripada purata 635 panggilan sehari pada Januari tahun ini kepada purata 830 panggilan sehari dalam dua minggu pertama bulan Februari.

Kenaikan jumlah panggilan itu semakin ketara pada 14 Februari apabila SCDF menerima 1,000 panggilan.

Kira-kira 1,700 panggilan diterima pada bulan Januari dan kira-kira 2,500 panggilan dalam dua minggu pertama bulan Februari adalah daripada pesakit COVID-19.

MOH dan SCDF mengumumkan bahawa kira-kira 45 peratus daripada mereka hanya memerlukan rawatan normal dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.

Khidmat perubatan kecemasan 995 adalah untuk pesakit yang memerlukan pengangkutan pantas ke hospital bagi mereka yang ada penyakit yang mengancam nyawa atau keadaan perubatan kecemasan. Ia perlu diberi keutamaan untuk keadaan sedemikian", menurut pihak berkuasa.

MOH dan SCDF menambah individu yang tidak mengalami sebarang penyakit yang mengancam nyawa atau keadaan perubatan kecemasan harus menghindari daripada menelefon talian kecemasan 995.

"Jika EMS menerima panggilan yang semakin meningkat, orang ramai mungkin mengalami kelewatan dalam respons ambulans walaupun untuk perubatan kecemasan "

Mereka yang berada dalam keadaan stabil akan dibawa oleh SCDF ke kemudahan rawatan COVID-19 secara lansung jika pesakit memerlukan pemantauan lanjut perubatan dan pengurusan keadaan perubatan bukan kecemasan.

Ini akan bermula dengan kemudahan rawatan COVID-19 di NTUC Health Nursing Home di Tampines mulai hari ini (26 Feb).

BERATUR PANJANG DI PUSAT KECEMASAN

Pusat kecemasan di seluruh Singapura menerima purata 3,100 pesakit sehari dalam dua minggu pertama bulan Februari, jumlah itu meningkat kira-kira 15 peratus berbanding pada Januari.

Sebanyak 80 peratus daripada pesakit itu hanya memerlukan rawatan normal dan tidak perlu dimasukkan ke hospital, menurut MOH dan SCDF.

BACA: Klinik GP makin terbeban gara-gara sesetengah pesakit mahu 'diiktiraf secara rasmi' terjangkit COVID-19

Pesakit di bawah program pemulihan di rumah atau menunggu untuk dihantar ke kemudahan penjagaan atau pengasingan dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan perubatan melalui penyedia teleperubatan, penyedia khidmat jagaan asas masing-masing atau menelefon talian rakan pemulihan di rumah di 6874 4939.

Mereka yang diuji positif menerusi ujian pantas antigen (ART) yang dilakukan sendiri dan tidak mengalami gejala atau bergejala ringan, hanya perlu mengasingkan diri di rumah selama sekurang-kurangnya 72 jam, menurut pihak berkuasa.

Mereka boleh membuat janji temu di mana-mana pusat ujian atau pusat ujian pantas untuk melakukan ujian ART yang diselia jika perlu.

Jika mereka rasa kurang sihat atau mengalami gejala seperti demam dan batuk yang tidak berkurangan, mereka boleh melawat klinik kesediaan kesihatan awam dengan menaiki pengangkutan peribadi untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita