Skip to main content

Singapura

Orang ramai diajak kongsi idea galak kesihatan mental dalam kalangan belia

Orang awam kini boleh berkongsi idea bagaimana untuk menggalakkan kesihatan mental dalam kalangan belia menerusi wadah elektronik pemerintah untuk mendekati rakyat, REACH. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Feb 2020 10:04PM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 10:56PM

SINGAPURA: Orang awam kini boleh berkongsi idea bagaimana untuk menggalakkan kesihatan mental dalam kalangan belia menerusi wadah elektronik pemerintah untuk mendekati rakyat, REACH.

Orang awam boleh bermula berkongsi idea bermula hari ini sehingga 21 Februari 2020.

Ia diumumkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Desmond Lee semasa lawatan ke agensi perkhidmatan masyarakat TOUCH siang tadi.

Agensi perkhidmatan sosial itu melancarkan satu inisiatif pada 2017 untuk membangunkan program-program untuk para belia berisiko.

Ia juga memperkenalkan Pengalaman Realiti Maya (VR) mengenai kesihatan mental pada 2018, yang pertama seumpanya di Singapura.

Pengalaman VR itu mendidik orang awam tentang tanggapan dan tingkah laku berkaitan dengan kemurungan dan kegelisahan.

MSF juga berharap untuk bekerjasama dengan agensi-agensi seperti TOUCH untuk menggalakkan kesihatan mental.  

Sumber : CNA/HK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita