Skip to main content

Singapura

Orang ramai boleh cuba 'rancang' kawasan bandar di Galeri Bandar Singapura

Anda kini boleh mencuba untuk mereka sendiri kawasan bandar di Galeri Bandar Singapura, yang sudah menjalani peningkatan berjumlah $4.6 juta. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Mar 2019 08:05PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 11:00PM

SINGAPURA: Anda kini boleh mencuba untuk mereka sendiri kawasan bandar di Galeri Bandar Singapura, yang sudah menjalani peningkatan berjumlah $4.6 juta.

Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), galeri itu kini menampilkan lebih banyak pameran bercorak interaktif untuk menggalak pelibatan orang ramai dalam perancangan bandar.

Lima sistem utama - air, sisa, tenaga, pengangkutan dan kawasan hijau adalah ibarat enjin yang menggerakkan sesebuah bandar.

Pameran dipanggil "Bagaimana Kota Kita Berfungsi" itu merupakan salah satu daripada 40 pameran interaktif di Galeri Bandar Singapura yang baru dinaik taraf.

Hampir 150,000 orang berkunjung ke galeri ini setiap tahun, meningkat daripada kira-kira 20,000 orang apabila ia mula dilancarkan pada tahun 1999.

Ini merupakan pembaharuan ketiga galeri itu dan ia kini menawarkan pengalaman baru yang mengajak para pengunjung melakar semula kawasan sekitar Marina Bay.

Ia turut memaparkan peta, perancangan bandar dan model-model yang menjejaki evolusi fizikal bandar selama satu abad.

Juga dilancarkan di Pusat URA ialah Ruang Reka bentuk Seni Bina & Perancangan Bandar Cemerlang atau AUDE. Ruang itu mempromosikan rekaan syarikat-syarikat kecil serta firma seni bina baru yang semakin meningkat.

Akhir sekali, anda masih ingat tempat-tempat duduk dari bekas Stadium Negara di Kallang?

14 daripadanya sudah diberi nafas baru menerusi satu pertandingan awam yang dibuka kepada para pereka.

Ia kini mendapat rumah baru di Pusat URA, kawasan Marina Bay dan Hub Sukan Singapura. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita