Orang awam, pemimpin SG beri penghormatan terakhir kepada CPL Edward Go
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 70 orang datang memberikan penghormatan terakhir kepada anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, CPL Edward H Go.
Antara yang datang memberi penghormatan termasuklah Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Faishal Ibrahim.
CPL Go meninggal dunia setelah jatuh pengsan semasa menjalankan operasi memadamkan kebakaran di Henderson Road pada Khamis (8 Dis).
Mendiang adalah pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pertama yang gugur semasa menjalankan operasi.

"Ini mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja. Mendiang membuat pengorbanan tertinggi demi berkhidmat kepada negara. Kami akan tunggu sehingga siasatan selesai. Ia perlu dijalankan dengan hati-hati dan menyeluruh dan sepenuhnya. Dalam pada itu saya pasti setiap ibu bapa turut merasai kehilangan ini," kata Dr Vivian.
Dr Faishal mengatakan bahawa beliau hadir untuk mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga mendiang CPL Edward bagi pihak Menteri Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Tambah Dr Faishal, "Kami rasa kehilangan seorang pegawai SCDF yang terbaik di mana mendiang telah menyumbang dengan keberaniannya dan memberikan sumbangan yang sangat baik kepada negara kita. Kita juga merasakan CPL Edward telah bekerja keras dan memberikan satu sumbangan yang baik kepada negara kita untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda di Singapura ini. Jadi kami akan menyokong, memberi sokongan padu kepada keluarganya semasa waktu ini."
Dr Faishal turut mendedahkan bahawa siasatan yang sedang dijalankan menyusuli insiden tersebut, akan mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi. Beliau menambah bahawa dapatan siasatan berkenaan akan dikongsi dengan keluarga mendiang Edward Go dan pihak awam dalam masa terdekat.

Sumber : CNA/DY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.