Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang awam ketuai usaha cari huraian bagi tingkatkan kitar semula di rumah

 Buat julung-julung kalinya, orang awam akan mengetuai usaha mencari huraian bagi meningkatkan kitar semula dii rumah-rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2019 08:50PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 10:54PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, orang awam akan mengetuai usaha mencari huraian bagi meningkatkan kitar semula dii rumah-rumah.

Ia merupakan sebahagian usaha pemerintah untuk menghasilkan huraian bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain, bagi menjadikan Singapura lebih mampan.

Pelbagai idea diterokai semasa sesi kumpulan kerja yang pertama, seperti meningkatkan pelibatan masyarakat serta perundangan. Latar belakang mereka berbeza - ada merupakan para mahasiswa baru, golongan karyawan dan suri rumah.

Bagaimanapun, kesemua mereka ada kepentingan bersama, untuk membantu menjadikan kehidupan mampan sebagai sebahagian kehidupan mereka.

48 peserta terpilih daripada lebih 300 yang berminat untuk menyumbang bagi menghasilkan huraian mesra alam.

Para peserta turut mengenal pasti masalah yang mungkin menghambat amalan kitar semula di Singapura.

Kurangnya kesedaran dan pengetahuan juga menjadi sebab tong-tong kitar semula sering dicemari bahan makanan dan sisa cecair.

Ia hasil satu tinjauan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan, baru-baru ini.

Tinjauan tersebut juga mendedahkan hanya 60 peratus rumah di sini, mengamalkan kitar semula dengan kerap.

Dalam sesi-sesi seterusnya, rakan-rakan perusahaan akan membantu para peserta menghasilkan huraian praktikal bagi memperbaiki amalan kitar semula di rumah.

Saranan-saranan yang dikemukakan akan disampaikan kepada MEWR untuk dipertimbangkan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan