Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang awam akan berpeluang lawat tapak penting Perang Dunia Kedua yang sebelum ini ditutup

Tarikh 15 Februari 1942 terpahat sebagai detik pahit dalam sejarah Singapura apabila ia jatuh ke tangan Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2020 09:09PM Dikemas Kini : 03 Feb 2020 10:46PM

SINGAPURA: Tarikh 15 Februari 1942 terpahat sebagai detik pahit dalam sejarah Singapura apabila ia jatuh ke tangan Jepun.

Untuk memperingatinya, orang awam akan berpeluang melawat beberapa tapak penting Perang Dunia Kedua yang sebelum ini ditutup kepada orang ramai.

Bangunan itu pernah menempatkan Hospital Former View.

Dari tahun-tahun 1970-an hingga 2001, ia beroperasi sebagai sebuah cawangan Hospital Woodbridge yang kini dikenali sebagai Institut Kesihatan Mental.

Namun sejarahnya menjangkau tempoh lebih lama.

Kajian menunjukkan pihak Britain memulakan pembinaanya tetapi diselasaikan oleh tentera Jepun sewaktu tempoh penjajahan.

Ia digunakan sebagai sebuah pangkalan tentera laut, lengkap dengan sebuah pejabat kebal bom.

Ruang itu pula digunakan untuk memantau keadaan di seberang tambak sekiranya pihak Britain menyerang dari bahagian utara.

Tidak jauh dari situ adalah bangunan Former Admiralty House yang pernah menjadi rumah beberapa panglima tentera British, sebuah kelab dan sekolah privet.

Di dalam perkarangannya ada sebuah kubu pertahanan di bawah tanah seluas sebuah flat satu bilik dengan jamban duduk konkrit di dalamnya.

Para pengkaji percaya, ia mungkin dibina untuk kegunaan para pegawai tentera Jepun yang ditempatkan di sana.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai 70 lawatan berpandu "Battle of Singapore" boleh mendaftar secara online. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan