Skip to main content

Singapura

Oracle lancar Pusat Kecemerlangan AI, bantu syarikat dakap kecerdasan buatan dengan lebih pantas

Anggaran Waktu Membaca:
 Oracle lancar Pusat Kecemerlangan AI, bantu syarikat dakap kecerdasan buatan dengan lebih pantas

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng di pelancaran Pusat Kecemerlangan AI oleh syarikat gergasi teknologi, Oracle. (Gambar: Laman web Oracle)

Diterbitkan : 13 Mar 2025 07:32PM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 07:44PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura kini boleh mendakapi kecerdasan buatan (AI) dengan lebih cepat lagi.

Ini berikutan pelancaran Pusat Kecemerlangan AI baharu oleh syarikat gergasi teknologi, Oracle.

Pusat itu membantu perniagaan melatih pasukan mereka, bereksperimen dalam sekitaran 'cloud' yang selamat dan menimba pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan operasi perniagaan utama.

Ia bermakna syarikat setempat seperti GetGo kini akan mendapat akses lebih mudah kepada sumber-sumber AI tersebut.

Misalnya, ia dapat menguji idea AI peringkat awal di sekitaran cloud yang selamat dengan menggunakan Prasarana Cloud Oracle atau meneroka teknologi seperti analisis AI, AI generatif, pembelajaran mesin dan ejen AI.

Semua inovasi itu boleh diterapkan dalam industri-industri seperti jagaan kesihatan, pemerintah, kewangan dan telekomunikasi.

Pusat itu akan membolehkan firma-firma menjalankan uji cuba projek bagi menguji huraian AI pada skala kecil, lantas membantunya menilai keberkesanan huraian tersebut sebelum melaksanakannya pada skala lebih luas.

Pusat Kecemerlangan AI itu juga menawarkan latihan dan pensijilan dalam 'cloud' serta teknologi AI, yang diterajui oleh Universiti Oracle dan rakan-rakan kongsinya.

Oracle menyasarkan untuk meningkatkan kemahiran 10,000 pelajar dan karyawan di Singapura menjelang 2027, dengan menyediakan kepakaran berharga agar mereka terus maju seiring teknologi.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng berkata: "Disebabkan ia bukan sahaja dipikul pekerja, syarikat juga mesti komited untuk melakukan latihan.

"Majikan sendiri, seperti Oracle, sebagai rakan kongsi ekosistem akan membantu kami menggesa majikan secara bersama agar menuju ke arah meningkatkan kemahiran semua yang berada di dalam tenaga kerja.

"Kemudian baru kita boleh terus mengekalkan ketangkasan kita dari segi daya saingan kita."
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita