Operasi Shiok Kitchen Catering digantung selepas 95 individu jatuh sakit akibat keracunan makanan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Shiok Kitchen Catering)
SINGAPURA: Operasi Shiok Kitchen Catering digantung mulai Khamis (14 Dis) selepas 95 orang mengalami gastroenteritis atau radang perut dan usus.
Mereka yang terjejas jatuh sakit selepas memakan makanan yang disediakan oleh khidmat katering syarikat itu antara 7 Dis dan 8 Dis, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan bersama.
Mereka sama ada mendapatkan rawatan pesakit luar, merawat diri sendiri atau pulih tanpa rawatan.
Tiada seorang pun dimasukkan ke hospital, menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa penyakit itu dicetuskan oleh dua insiden.
Siasatan sedang dijalankan.
Gastroenteritis, yang lebih dikenali sebagai selesema perut, biasanya menyebabkan cirit-birit dan muntah.
Menurut SFA, ia sudah menggantung operasi perniagaan makanan Shiok Kitchen Catering di 1 Senoko Avenue berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
“Pemegang lesen dikehendaki menjalankan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi di premisnya, termasuk alat dan perkakas serta membuang semua makanan sedia untuk dimakan dan bahan makanan mudah rosak,” tambah pihak berkuasa.
Semua pengendali makanan dan pegawai kebersihan yang bekerja di premis itu juga dikehendaki menghadiri semula dan lulus kursus keselamatan makanan sebelum mereka boleh meneruskan kerja mereka.
SFA mengingatkan semua pengusaha makanan supaya mematuhi kebersihan makanan dan kebersihan diri yang baik pada setiap masa.
“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran,” tegas agensi itu.
SFA juga menasihatkan orang ramai yang ternampak amalan kebersihan yang tidak baik di tempat-tempat makan supaya tidak melanggani kedai tersebut dan melaporkannya melalui borang maklum balas online SFA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.