Operasi perniagaan Proofer Bakery digantung susuli penemuan serangan serangga perosak
Operasi perniagaan makanan Proofer Bakery digantung sehingga notis lanjut selepas pegawai Agensi Makanan Singapura (SFA) menemui "serangan" serangga perosak "secara besar-besaran" di dapur pusatnya, menurut SFA pada Selasa (26 Okt).
(Gambar: laman Proofer Bakery)
SINGAPURA: Operasi perniagaan makanan Proofer Bakery digantung sehingga notis lanjut selepas pegawai Agensi Makanan Singapura (SFA) menemui "serangan" serangga perosak "secara besar-besaran" di dapur pusatnya, menurut SFA pada Selasa (26 Okt).
Syarikat itu turut diarahkan supaya menarik balik produk-produk makanan yang telah diedarkan ke 16 cawangan runcit Proofer di merata Singapura.
Kelemahan ditemui di dapur Proofer Bakery di KA Foodlink di 171 Kampong Ampat.
"Pada 26 Okt, semasa pemeriksaan dijalankan di premis tersebut, pelbagai serangga perosak besar-besaran (lipas, tikus berkeliaran dan bangkai tikus) ditemui di sekitar kawasan penyediaan makanan dan juga dalam kedua-dua lori penghantaran makanan," menurut SFA.
"Selain itu, beberapa kelemahan berkaitan penyenggaraan premis juga dikesan," tambahnya.
"Demi kepentingan kesihatan awam, SFA mengarahkan pemegang lesen agar memperbetulkan kelemahan itu dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mempertingkatkan amalan keselamatan makanan dan kebersihan premis."
SFA menyatakan ia akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang tidak mematuhi keperluan keselamatan makanan. Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, dihukum penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Dalam satu catatan Facebook pada Selasa, Proofer menyatakan ia ditutup untuk dibersihkan.
"Kami mohon maaf bagi sebarang kesulitan yang berlaku. Operasi perniagaan akan disambung semula esok," tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.