Operasi pencarian dijalankan bagi penumpang jatuh dari kapal pesiar Spectrum of the Seas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Royal Caribbean Press Center)
SINGAPURA: Seorang penumpang kapal pesiar Royal Caribbean jatuh ke dalam Selat Singapura, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Isnin (31 Jul).
Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) dimaklumkan tentang insiden itu sekitar pukul 7.50 pagi pada Isnin, dedah MPA.
Kapal itu sedang dalam perjalanan ke Singapura pada waktu kejadian.
MRCC mengeluarkan siaran pelayaran keselamatan kepada kapal-kapal di Selat Singapura dan di pelabuhan untuk melaporkan sebarang penampakan bagi penumpang yang hilang itu.
"Kapal penumpang itu sedang berlabuh di Singapura dan sedang membantu dalam siasatan," menurut MPA dalam kenyataan yang dihantar melalui emel selepas pukul 9.00 malam pada Isnin.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.