Operasi pembersihan dijalankan susuli tumpahan minyak dari Terminal Langsat di Johor melimpah ke perairan SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Operasi pembersihan sedang dijalankan selepas beberapa tompok minyak dilihat berhampiran pantai Pulau Ubin dan Pantai Changi, berpunca dari Terminal Langsat di Johor.
Para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudahpun mengenal pasti seluas mana tumpahan minyak berlaku dan usaha sedang dijalankan untuk membersihkan pasir pantai seluas 100 hingga meter di pantai terjejas.
Pelampung-pelampung telah dipasang di terusan-terusan di Changi dan kawasan paya Chek Jawa bagi melindungi biodiversiti di sana.
Bergantung kepada bila lapisan minyak tebal dibersihkan, para sukarelawan akan dikerahkan untuk membantu proses pembersihan.
Kawasan ini dikenali sebagai tapak menempatkan ladang ternakan ikan Singapura.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) juga mengerahkan dron dan menggunakan pengimejan satelit untuk memantau sekiranya ada tompok minyak lain.
Sejauh ini, tiada tompokan minyak ditemui dengan tumpahan minyak tertumpu di Terminal Langsat di Johor.
Sebagai langkah berjaga-jaga, akses awam ke Paya Bakau Chek Jawa ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berenang dan melakukan aktiviti lain di Pantai Changi dan pantai Pasir Ris sehingga notis lanjut.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata dalam satu catatan di Facebook siang tadi bahawa agensi air negara PUB sedang memantau rapat pengambilan air laut bagi sebarang keadaan luar biasa.
Operasi di loji penyulingan air bagaimanapun tidak terjejas.
Mediacorp difahamkan tumpahan minyak kali ini tidak seburuk tahun lalu.
Pihak berkuasa menganggarkan, operasi pembersihan akan mengambil masa kurang daripada sebulan.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.