Operasi MRT di Laluan Tuas West Extension dihentikan lebih awal pada hujung minggu mulai Nov
Operasi MRT di Laluan Tuas West Extension akan dihentikan lebih awal pada hujung minggu, bermula bulan depan.
SINGAPURA: Operasi MRT di Laluan Tuas West Extension akan dihentikan lebih awal pada hujung minggu, bermula bulan depan.
Ia bagi memudahkan kerja-kerja untuk menggantikan komponen-komponen pemutus litar yang terlibat dalam gangguan besar khidmat kereta api dua minggu lalu.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan menghentikan operasi di laluan itu lebih awal pada hari-hari biasa dan ditutup sepanjang hari pada hari Ahad bagi tempoh terhad tahun depan bagi menggantikan kabel-kabel elektriknya.
Pada 14 Oktober lalu perkhidmatan MRT di laluan Tuas West Extension terganggu selama lebih tiga jam.
Siasatan menunjukkan ia disebabkan oleh beberapa masalah yang berlaku secara serentak.
Pertamanya - masalah kabel dan kerosakan pada satu pemutus litar di laluan itu.
Keadaan itu turut menyebabkan perkhidmatan MRT terganggu di beberapa stesen di Laluan Timur-Barat serta Laluan Utara-Selatan.
Ia disusuli dengan gangguan perkhidmatan di Laluan Circle.
Gangguan bekalan kuasa elektrik menjejas lebih daripada separuh stesen di laluan antara HarbourFront dengan Serangoon.
Pengendali pengangkutan awam SMRT menyatakan ia disebabkan oleh kesilapan manusia.
Hampir 7,000 penumpang perlu keluar daripada kereta-kereta api.
LTA pula menyatakan lebih daripada 120,000 penumpang terjejas pada hari tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.