Operasi khidmat MRT dijangka ditutup lebih lama sedang LTA percepat naik taraf rel
Operasi khidmat MRT dijangka ditutup lebih lama pada tahun-tahun akan datang apabila Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan para pengendali mempercepatkan kerja-kerja naik taraf prasarana rel yang penting di seluruh rangkaian MRT dan LRT.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Operasi khidmat MRT dijangka ditutup lebih lama pada tahun-tahun akan datang apabila Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan para pengendali mempercepatkan kerja-kerja naik taraf prasarana rel yang penting di seluruh rangkaian MRT dan LRT.
Langkah itu menyusuli saranan-saranan yang diterima Kementerian Pengangkutan (MOT) daripada Pasukan Bertindak Keandalan Rel, yang ditubuhkan pada September tahun lalu selepas beberapa gangguan berlaku.
Pembaharuan sistem tren, bekalan tenaga dan isyarat akan diberi keutamaan, memandangkan gangguan besar dalam bidang-bidang tersebut memberi kesan langsung kepada penumpang, menurut LTA, SMRT dan SBS Transit dalam kenyataan medianya pada Jumaat (13 Feb).
Sebagai contoh, pembaharuan sistem bekalan tenaga Laluan Timur Laut (NEL) akan dipercepatkan untuk dimulakan pada tahun ini.
Kerja-kerja naik taraf lain termasuk meningkatkan bekalan tenaga di depot NEL di Sengkang serta meningkatkan kapasiti tenaga di NEL dan LRT Sengkang-Punggol menerusi 'substation' tambahan.
Bagi jangka panjang, LTA merancang untuk meneroka pembinaan bekalan tenaga sandaran berkapasiti lebih tinggi khusus bagi NEL.
PENINGKATAN DARI SEGI ISYARAT, MRT
Bagi sistem isyarat, LTA dan para pengendali akan mengkaji prosedur operasi tambahan serta sistem pintasan bagi membolehkan pemulihan lebih pantas semasa gangguan tanpa menjejas keselamatan.
Langkah tersebut membolehkan MRT terus bergerak pada kelajuan lebih rendah daripada terhenti sepenuhnya.
Bagi menangani gangguan berkaitan MRT, LTA akan menyemak semula kedudukan komponen mekanikal utama supaya ia lebih mudah diakses semasa gangguan khidmat.
Ia juga akan mempertingkat litar elektrik MRT bagi meningkatkan daya tahan terhadap kerosakan.
Pasukan bertindak itu sebelum ini mencadangkan penutupan sepanjang hari bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaharuan.
LTA tidak menyatakan sama ada perkara tersebut akan dilaksanakan, namun tempoh kerja kejuruteraan akan dilanjutkan dan operasi khidmat MRT mungkin perlu ditutup lebih lama.
“Ini diperlukan kerana memperbaharui pelbagai sistem secara serentak sambil mengekalkan operasi rel harian menimbulkan cabaran penyelarasan dan operasi yang wujud dengan sendirinya,” menurut LTA dan para pengendali.
LTA dan para pengendali itu menambah bahawa pelarasan perkhidmatan akan dirancang dengan teliti dan pilihan pengangkutan alternatif akan disediakan kepada penumpang.
Pelan juga sedang dijalankan untuk mempercepat penggunaan bas ulang-alik percuma semasa gangguan perkhidmatan bagi mengurangkan kelengahan para penumpang.
PENINGKATAN LAIN
LTA dan para pengendali juga akan mempertingkat pengurusan alat ganti, termasuk menambah stok alat ganti bagi membolehkan penggantian tepat pada masanya apabila berlaku kerosakan serta mendapatkan sokongan perkhidmatan lanjutan daripada pihak pengeluar bagi sistem-sistem penting.
Bagi jangka panjang, reka bentuk sistem rel yang lebih standard dan modular akan digunakan bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf atau penggantian lebih pantas, di samping perancangan penyenggaraan yang lebih mudah.
Pemantauan keadaan berasaskan data akan diseragamkan di seluruh rangkaian bagi membolehkan pengesanan awal kerosakan.
Robotik dan automasi juga akan diperluaskan dalam penyenggaraan, dan LTA akan membiayai bersama inisiatif peningkatan kemahiran kakitangan.
Akademi Rel Singapura akan memperluas peranannya untuk menyeragamkan latihan bagi kakitangan operasi dan penyenggaraan, dengan rangka kerja pensijilan lebih jelas yang dikaitkan dengan perkembangan kerjaya.
LTA menyasarkan 20 peratus tenaga kerja memperoleh status bertauliah atau disahkan, membentuk kumpulan teras pengamal pakar untuk membimbing tenaga kerja yang lain.
LTA juga akan mengkaji penubuhan dana berasingan bagi menyediakan geran untuk projek-projek inovatif, sebagai sebahagian daripada usaha meletakkan sektor rel sebagai bidang yang menawarkan pekerjaan bernilai tinggi dan bersedia bagi masa depan dalam persekitaran digital.
Pasukan bertindak itu, yang menyerahkan saranannya pada 30 Disember tahun lalu, terdiri daripada pemimpin antarabangsa yang pernah memegang peranan kejuruteraan dan pengurusan utama dalam sektor rel.
Dalam membangunkan saranan-saranan tersebut, ia menjalankan bengkel teknikal terperinci, lawatan ke lapangan, pemerhatian lapangan serta temu bual dengan kakitangan operasi dan teknikal sepanjang tempoh tiga bulan, menurut kementerian pengangkutan.
“Laporan ini adalah hasil empat bulan kerja yang sangat intensif antara September dan Disember tahun lalu. Kami meneliti setiap laluan MRT dan LRT bagi isu segera yang boleh kami huraikan secara bersama,” kata Ketua Eksekutif LTA Ng Lang.
“Kerja pasukan bertindak ini dijalankan pada masa yang amat sesuai sedang kami mengimbangi antara sistem sedia ada yang semakin menua dengan rangkaian rel yang berkembang pesat.
“Kami berharap saranan pasukan bertindak dapat membantu membentuk kerja-kerja yang perlu dilakukan pada masa hadapan untuk membantu kami mengekalkan keandalan rangkaian rel kami,” kata Encik Ng.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.