Operasi keberangkatan Terminal 2 Changi disambung semula
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anda kini boleh kembali berangkat untuk perjalanan udara dari Terminal 2 Lapangan Terbang Changi setelah bahagian selatan terminal itu dibuka semula.
Ia dianggap sebagai kemajuan besar dalam pemulihan perjalanan udara Singapura.
Ini juga kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun kesemua dewan pelepasan dan ketibaan di Lapangan Terbang Changi kembali beroperasi.
Suasana penuh meriah dengan pelbagai hadiah percuma seperti snek, cawan dan beg diagihkan untuk menandakan lembaran baru bagi Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.
Dewan pelepasan Terminal 2 akhirnya kembali beroperasi, beberapa bulan selepas terminal itu mula menyambut ketibaan para pengunjung setelah ditutup akibat pandemik COVID-19.
Ia juga sudah menjalani kerja-kerja pembaharuan barisan untuk daftar masuk dijarakkan lebih luas, lengkap teknologi canggih bagi para penumpang mendaftar masuk untuk penerbangan mereka.
Antara mereka yang menaiki penerbangan dari Terminal 2 buat pertama kalinya dalam tempoh lebih dua tahun adalah penumpang yang menuju ke Kuala Lumpur dan Bangkok.
Terminal 2 dijangka dibuka sepenuhnya pada 2024, dengan lebih banyak terminal dan mesin penyerahan bagasi secara automatik akan disediakan.
Jumlahnya dijangka sekitar 20 peratus lebih tinggi daripada sebelum pandemik.
Changi Airport Group menyatakan pada Selasa (11 Okt) bahawa pembukaan semula Terminal 2 membantu menyokong pemulihan perjalanan udara. Permintaan dijangka mencapai kemuncaknya pada hujung tahun ini.
Penerbangan ke destinasi-destinasi Asia Tenggara yang dikendalikan Singapore Airlines akan kembali beroperasi sepenuhnya menjelang lusa.

Sumber : CNA/AI/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.