Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Operasi cari NSF SCDF hilang di Pulau Ubin ketika tidak bertugas diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) melancarkan operasi mencari seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), yang dipercayai hilang di Pulau Ubin ketika dia tidak bertugas.

Menurut SCDF, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan untuk menyelamat dalam air di Kuari Kekek pada sekitar pukul 2.10 pagi pada Sabtu (15 Apr).

SCDF menyatakan bahawa pihaknya tidak mengesan kelibat lelaki tersebut, setibanya pasukan SCDF di tempat kejadian. Ia menambah bahawa lelaki itu adalah seorang anggota bomba SCDF di Balai Bomba Tampines.

Kuari Kekek terletak di bahagian utara Pulau Ubin.

SCDF menyatakan bahawa pihaknya sudah mengerahkan pasukan bomba untuk menjalankan operasi pencarian dari bahagian pantai.

Para anggota penyelamat daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) turut mengerahkan Kenderaan Pengawasan Jarak Jauh dalam air, yang menggunakan peralatan pengimejan sonar yang memeta kawasan bawah air. Ia berupaya mengurangkan risiko para penyelam disebabkan oleh jarak penglihatan yang kurang baik.

SCDF juga sedang menghulurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan