Skip to main content

Singapura

Operasi bersihkan tumpahan minyak masuk fasa kedua; guna peralatan khas sasar tempat sukar dicapai

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha membersihkan tumpahan minyak kini memasuki fasa kedua, dengan kerja-kerja pembersihan yang lebih menyeluruh.

Para kakitangan menyasarkan tempat-tempat yang sukar dicapai, seperti benteng-benteng batu dan minyak yang diserap lapisan pasir yang lebih dalam.

Usaha ini dimulakan hampir dua minggu selepas dua buah kapal bertembung pada 14 Jun, menyebabkan lebih 400 tan minyak tumpah ke perairan Singapura.

Bahkan, pam yang biasanya digunakan oleh anak kapal untuk memadamkan api, kini digunakan untuk membersihkan kesan tumpahan minyak di tembok jeti Taman East Coast.

Ia merupakan sebahagian daripada peralatan yang digunakan sejak fasa kedua kerja pembersihan bermula.

Pihak berkuasa turut menggunakan pelampung penyerap minyak untuk mengawal kesan pencemaran.

Penolong Pengarah Kanan, Divisyen Kebersihan Awam Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Mohamed Farook Ghani, berkata: "Fasa ke-2 merupakan operasi yang lebih kompleks kerana ia memerlukan kakitangan terlatih dan juga banyak peralatan khas yang perlu dioperasikan untuk melenyapkan minyak yang terperangkap dalam celah-celah dan lubang.


"Pada masa yang sama, kami perlu menimbangkan keselamatan pekerja kerana struktur-struktur ini bukan sahaja sukar diakses, malah mereka juga tidak rata serta licin."

NEA menyatakan, operasi ini bertambah sukar, sebahagiannya disebabkan oleh keadaan cuaca dan pasang surut air.

Bahagian pantai yang terjejas, tambah NEA, akan dibuka semula apabila disahkan selamat.
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita