Operasi bersihkan pantai susuli tumpahan minyak akan selesai 'dalam masa kira-kira sebulan': Grace Fu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Rancangan sedang dilakarkan bagi kerja-kerja pembersihan di semua pantai terjejas oleh tumpahan minyak pada bulan Jun untuk selesai "dalam masa kira-kira sebulan," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Rabu (7 Ogos).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan oleh Anggota Parlimen (AP) Dennis Tan dan Melvin Yong di parlimen.
Kedua-dua Encik Tan (WP-Hougang) dan Encik Yong (PAP-Radin Mas) meminta kemas kini mengenai status kerja-kerja pembersihan di pantai dan laut.
Encik Yong juga bertanya kepada Kementerian Kemampanan dan Sekitaran mengenai garis masa pembukaan semula semua pantai yang terjejas bagi penggunaan orang awam.
Tiga minggu lalu, Cik Fu berkata operasi pembersihan tumpahan minyak dijalankan "lebih cepat daripada yang dijangkakan".

Dalam kemas kini di Dewan Parlimen, Cik Fu berkata operasi tersebut sedang "berjalan dengan lancar", dan menambah bahawa fasa pertama sudah selesai.
Fasa kedua, yang menumpukan kepada kawasan sukar untuk dibersihkan seperti bongkah batu, pemecah ombak dan minyak yang terperangkap di bahagian pasir yang lebih dalam, sedang dijalankan, tambah Cik Fu.
"Beberapa pantai sudah berada di fasa terakhir, yang mana sukarelawan dikerah untuk mengambil bahagian dalam operasi pembersihan dan mempercepatkan pembukaan semula pantai."
Pantai-pantai tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja operasi tersebut selesai, kata Cik Fu.

Beberapa bahagian Taman East Coast juga sudah dibuka semula untuk aktiviti darat. Pada hujung Julai, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berenang atau melakukan sukan air berkontak seperti papan luncur air (wakeboarding) dan dayung berdiri (stand-up paddling).
"Kami rancang untuk menyelesaikan kerja-kerja pembersihan di semua pantai yang terjejas dalam tempoh kira-kira sebulan," kata Cik Fu di parlimen pada Rabu.
Dalam soalan berasingan, Encik Tan bertanya tentang perbelanjaan yang ditanggung setakat ini.
Cik Fu berkata pemerintah belum mengira keseluruhan kos perbelanjaan "buat masa ini".
"Kami menumpukan perhatian kami kepada kerja-kerja pembersihan, yang saya fikir patut diberi keutamaan, dan juga perhatian segera," kata Cik Fu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.