Operasi bersama SG, Afrika Selatan berjaya rampas 55kg tanduk badak sumbu di Johannesburg
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penghantaran yang mengandungi 55.4 kilogram (kg) tanduk badak sumbu dirampas di Johannesburg menyusuli operasi bersama antara pihak berkuasa Singapura dan Afrika Selatan, kata Lembaga Taman Negara (NParks) pada Selasa (30 Dis).
Pihak berkuasa juga menemui 26.2kg tulang, tempurung kepala dan kuku singa serta harimau.
Dua lelaki warga Nigeria ditangkap dan didakwa di Afrika Selatan kerana melanggar Akta Biodiversiti negara itu, yang mengharamkan aktiviti terlarang melibatkan spesies yang disenaraikan sebagai terancam atau dilindungi.
Operasi itu dijalankan selepas “penghantaran mencurigakan” dari Afrika Selatan dikesan di Lapangan Terbang Changi pada 11 November.
Penghantaran tersebut mempunyai persamaan dengan rampasan sebelum ini pada 8 November di Singapura yang mengandungi 35.7kg tanduk badak sumbu dan 150kg bahagian haiwan lain yang dijadualkan dihantar ke Laos.
Selepas memeriksa penghantaran pada 11 November, NParks bekerjasama dengan Direktorat Siasatan Jenayah Keutamaan (DPCI) Afrika Selatan bagi melaksanakan “penghantaran pulang terkawal” ke negara itu untuk menjalankan siasatan lanjut.
Pihak berkuasa kemudian menjejaki penghantaran tersebut ke sebuah kemudahan simpanan di Johannesburg, di mana empat kotak yang mengandungi tanduk badak sumbu serta tulang singa dan harimau ditemui.
“Tanduk dan bahagian haiwan yang dirampas dipercayai merupakan sebahagian daripada rangkaian penyeludupan rentas sempadan yang lebih besar, yang bertanggungjawab menyeludup produk hidupan liar dari Afrika Selatan ke pasaran luar negara lain,” kata NParks pada Selasa (30 Dis).
“Keputusan NParks untuk memulakan dan memudahkan penghantaran terkawal ke Afrika Selatan membolehkan DPCI menjalankan siasatan di negara asal, dengan potensi untuk mengenal pasti dan membongkar rangkaian jenayah yang lebih luas, berbanding hanya memintas satu penghantaran di negara lain.”
NParks berkata penghantaran tersebut memerlukan “kerjasama berbilang negara yang meluas” bagi memastikan ia dapat dijejaki dan dipantau.
“Pendekatan ini menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah hidupan liar rentas sempadan, yang boleh menghasilkan hasil jangka panjang yang lebih ketara berbanding rampasan secara berasingan,” tegas NParks.
Pengarah Kanan Pemerdagangan Hidupan Liar NParks, Dr Anna Wong, berkata dalam sidang media bahawa penghantaran pada 11 November itu bukan bertujuan ke Singapura sebagai destinasi akhir.
Beliau berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada sebarang tangkapan dibuat di Singapura berkaitan penghantaran tersebut atau sama ada tanduk yang dirampas di Johannesburg bertujuan untuk dihantar ke Singapura, memandangkan siasatan masih dijalankan.
Jabatan Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura (SPF) juga sedang menyiasat kemungkinan berlkau kesalahan melibatkan pengubahan wang haram.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.