Operasi 24 gerai, trak makanan di 'Hari Raya Mega Sale 2023' di Singapore Expo digantung
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SFA
SINGAPURA: Operasi 24 gerai dan trak makanan tanpa lesen, di acara "Hari Raya Mega Sale 2023", digantung oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (10 Mac).
Acara itu dianjurkan Megaexpress International Pte. Ltd di Dewan 5A Singapore Expo.
Pegawai SFA mengesan 21 gerai makanan dan tiga trak makanan yang tidak berlesen. Siasatan awal mendapati terdapat beberapa pengendali makanan yang tidak berdaftar di gerai-gerai tersebut.
Demi kepentingan kesihatan awam, SFA mengarahkan Megaexpress International Pte Ltd supaya menghentikan operasi kesemua 24 gerai dan trak itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Di bawah Akta Kesihatan Awam Persekitaran, kesemua pengendali bazar jualan sementara perlu mendapatkan permit daripada SFA bagi tempoh bazar itu diadakan.
Mereka seharusnya membuat permohonan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya acara jualan. Selain itu, pengendali makanan wajib lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1.
SFA akan mengambil tindakan terhadap pengendali bazar sementara yang tidak mematuhi peraturan.
Pesalah boleh didenda tidak melebihi S$10,000 dan jika terus melakukan kesalahan, akan dikenakan denda tidak melebihi S$20,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.