Skip to main content

Singapura

The Online Citizen dikenakan POFMA berhubung kenyataan palsu hukuman mati di SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: The Online Citizen (TOC) diarahkan untuk menyertakan notis pembetulan dalam rencana yang diterbitkan di lamannya pada 22 November, yang mengandungi kenyataan palsu mengenai hukuman mati di Singapura.

Sebagai sebahagian daripada Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), TOC juga perlu melakukan notis pembetulan yang serupa bagi catatannya di Facebook, Instagram dan X pada 22 November.

“Rencana TOC (yang dikongsi melalui catatan media sosialnya) mendakwa bahawa negara ini menyekat pandangan berbeza mengenai hukuman mati melalui Arahan Pembetulan POFMA. Ini adalah palsu,” tulis Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan media.

“Negara hanya mengeluarkan Arahan POFMA jika kenyataan fakta palsu disampaikan, dan jika ia adalah untuk kepentingan awam untuk melakukan demikian.”

MHA juga menyatakan bahawa arahan pembetulan POFMA tidak memerlukan pihak terbabit menerima pendirian pemerintah atau membuang pendirian asal. Sebaliknya, ia memerlukan pendirian pemerintah untuk disertakan bersama catatan asal, supaya pembaca boleh membaca catatan yang mengandungi kepalsuan, bersama dengan penjelasan rasmi, serta membuat kesimpulan mereka sendiri.

Dalam rencananya pada 22 November, TOC menyatakan bahawa Menteri EhwalDalam Negeri K Shanmugam, dalam temu bual bersama CNN, mengambil pendirian yang bercanggah dengan dasar negara berkaitan dadah.

MHA menyatakan pada Isnin (16 Dis) bahawa konteks penuh yang dikatakan oleh Encik Shanmugam tidak dinyatakan dalam rencana tersebut.

"Ia mengelirukan (dan oleh itu ia palsu) untuk pengarang meninggalkan fakta yang penting, dan memetik kata-kata menteri, untuk mencapai kesimpulan bahawa menteri mengambil pendirian bercanggah dengan dasar antidadah Singapura," tambah kementerian itu.

Rencana di laman semakan fakta pemerintah, Factually, menerangkan dengan lebih lanjut mengapa dakwaan yang dibuat TOC adalah palsu.

TOC diperlukan untuk menyertakan notis pembetulan bersama penerbitan serta pautan kepada penjelasan pemerintah mengenai perkara tersebut.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita