Skip to main content

Singapura

Ong Ye Kung: Pemerintah komited tangani isu ketidaksamarataan

Mengatasi ketidaksamarataan merupakan satu keutamaan nasional yang sedang ditangani Singapura sejak tahun-tahun kemerdekaan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 May 2018 07:58PM Dikemas Kini : 16 May 2018 01:02AM

SINGAPURA: Mengatasi ketidaksamarataan merupakan satu keutamaan nasional yang sedang ditangani Singapura sejak tahun-tahun kemerdekaan.

Berucap di Parlimen hari ini (15 Mei), Menteri Pendidikan Ong Ye Kang berkata ia kekal sebagai satu cabaran yang belum dapat diselesaikan lagi.

Encik Ong berkata terdapat sekurang-kurangnya empat dimensi kepada isu ketidaksamarataan. Salah satunya adalah jurang pendapatan antara golongan berpendapatan tertinggi dengan yang terendah.

Encik Ong berkata meskipun jurang pendapatan antara 10% tertinggi dan 10% terendah agak besar, pemerintah sudahpun mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan perbezaan itu.

Beliau juga menarik perhatian bahawa meskipun Singapura sudah membangun dari negara mundur menjadi sebuah negara maju, masalah dan ketidaksamarataan dalam bentuk baru kini muncul. Ini seperti bertambahnya golongan kelas pertengahan yang inginkan kehidupan lebih baik, keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang sukar memperbaiki kehidupan mereka serta sebilangan golongan berpendapatan tinggi yang semakin terasing daripada yang lain.

Menurut Encik Ong, beberapa negara melaksanakan sokongan kebajikan universal sebagai huraiannya. Namun beliau memberi amaran itu akan memerlukan kadar cukai yang lebih tinggi bagi membiayainya.

Lebih membimbangkan, kata beliau, adalah sama ada rakyat bermotivasi untuk membantu diri mereka dan tidak sekadar bergantung pada kebajikan. 

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita