Ong Ye Kung diiktiraf badan anti-tembakau serantau atas usaha kekang vape
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung diiktiraf oleh sebuah pertubuhan anti-tembakau serantau atas kepimpinannya dalam memajukan dasar-dasar kawalan tembakau, termasuk langkah-langkah untuk mengekang penggunaan vape, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (6 Feb).
Perikatan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA) memberi Anugerah Perintis Prakit Vathesatogkit yang julung-julung kali diadakan kepada Encik Ong pada acara ulang tahun ke-25 pertubuhan itu di Bangkok pada Jumaat. Anugerah tersebut diterima bagi pihaknya oleh Duta Singapura ke Thailand, Cik Catherine Wong.
SEATCA berkata anugerah tersebut mengiktiraf "kepimpinan berani dan berwawasan Encik Ong dalam kawalan tembakau". Ia menyebut peranan beliau dalam melarang dan mengukuhkan peraturan ke atas produk tembakau dan nikotin baharu, serta berkongsi penggubalan dasar Singapura dengan negara-negara ASEAN yang lain.
Anugerah tersebut dinamakan sempena Dr Prakit Vathesatogkit, yang memainkan peranan penting selama lebih empat dekad dalam membentuk dasar kawalan tembakau Thailand dan rantau ini, termasuk sumbangan kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Kawalan Tembakau.
"Kepimpinan Menteri Ong Ye Kung menunjukkan bagaimana dasar yang tegas dan berpandangan jauh boleh melindungi kesihatan awam, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di seluruh rantau ASEAN," kata Dr Prakit.
"Dengan mengambil tindakan berani dan berkongsi pengalaman Singapura, beliau membantu mengukuhkan kawalan tembakau melampaui sempadan Singapura."
Dalam ucapannya semasa menerima anugerah tersebut pada Jumaat, Duta Wong menekankan bahawa anugerah itu "mewakili usaha kolektif Asia Tenggara ke arah masa depan bebas nikotin, selaras dengan tanggungjawab bersama yang lebih luas untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan awam di rantau ini".
APA YANG KINI DILAKUKAN SINGAPURA
Singapura melarang penggunaan vape sejak awal lagi pada tahun 2018 di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) (TCASA).
Berikutan peningkatan mendadak dalam penggunaan vape dalam kalangan pelajar, sekitar 260 sekolah di Singapura dibekalkan dengan kit ujian nikotin antara Mac dan Ogos 2025. Semua institusi pendidikan, dari sekolah rendah hingga maktab rendah, diwajibkan untuk melaporkan insiden vape kepada pihak berkuasa.
Sebagai menteri kesihatan, Encik Ong, yang merupakan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial Singapura, mengawasi langkah-langkah yang diperketatkan untuk memerangi penggunaan vape, yang berkuat kuasa pada 1 September 2025.
Langkah-langkah penguatkuasaan termasuk penyenaraian etomidate - ubat bius yang ditemui dalam Kpod - sebagai dadah Kelas C dalam Akta Penyalahgunaan Dadah, dan meningkatkan hukuman bagi pelajar yang ditangkap menggunakan vape.
PENERIMA ANUGERAH LAIN
SEATCA juga mengiktiraf para pejuang kawalan tembakau lain pada acara tersebut, termasuk Dr Phan Thi Hai dari Kementerian Kesihatan Vietnam, yang menerima Anugerah Pembawa Obor Judith Mackay atas kepimpinannya dalam menentang campur tangan industri tembakau.
Selain itu, Dr Katthanaphone Phandouangsy dan Dr Maniphanh Vongphosy dari Laos secara bersama diberi Anugerah Wira Tidak Didendang SEATCA atas sumbangan mereka di sebalik tabir dalam kawalan tembakau.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.