Ong Ye Kung, Chee Hong Tat 'tiada urusan' dengan ahli kumpulan Fujian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata pada Selasa (6 Mei) tidak mengenali penjenayah pengubahan wang haram yang telah disabitkan, Su Haijin, secara peribadi dan tidak mempunyai sebarang urusan dengannya.
Demikian menurut setiausaha media mereka sebagai memberi respons kepada pertanyaan media.
Beberapa gambar menteri-menteri tersebut bersama ahli kumpulan kongsi gelap Fujian itu telah dimuat naik oleh mantan pengerusi Parti Reform Charles Yeo.
Su adalah salah seorang daripada 10 orang yang disabitkan dalam kes pengubahan wang haram bernilai berbilion dolar tahun lalu.
"Terdapat beberapa gambar yang tersebar, di mana Menteri Ong Ye Kung dan Chee Hong Tat dirakamkan pada majlis makan malam di mana ahli kumpulan kongsi gelap Fujian, Su Haijin, juga hadir," kata setiausaha media menteri-menteri tersebut dalam satu kenyataan bersama.
"Sebagai menteri, mereka bertemu dengan bermacam-macam jenis individu di pelbagai acara dan perhimpunan.
"Mereka menghadiri majlis makan malam tersebut atas undangan seorang rakan, dan Su kebetulan berada di sana.
"Menteri Ong ingat bahawa beberapa bulan kemudian, pada satu lagi majlis makan malam, Su juga kebetulan berada di sana."
Mereka berkata bahawa menteri-menteri tersebut tidak mengenali Su secara peribadi dan tidak mempunyai sebarang hubungan atau urusan dengannya, sebelum atau selepas pertemuan-pertemuan tersebut.
Su kemudian ditangkap atas kegiatan-kegiatan haram beliau dan aset-asetnya dirampas.
"Pemerintah PAP berpegang teguh kepada standard integriti yang tinggi dan menteri-menteri tersebut bertekad untuk mempertahankan ini, walaupun dalam urusan kerja mereka, mereka mungkin secara tidak sengaja bertemu dengan orang-orang yang kemudiannya dikenal pasti sebagai tidak baik," kata setiausaha-setiausaha media tersebut.
"Mengekalkan standard ini adalah sesuatu yang tidak boleh dirunding."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.