Ong Beng Seng undur diri sebagai pengarah urusan Hotel Properties Limited
Hartawan hartanah Ong Beng Seng dijangka berundur sebagai pengarah urusan Hotel Properties Limited (HPL) pada akhir mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut pada 29 April.
Hartawan Ong Beng Seng dilihat sebelum perlumbaan Grand Prix Singapura pada 14 Sep 2023. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)
Dalam satu pemfailan bursa pada Isnin (14 Apr), HPL menyatakan bahawa langkah itu akan membolehkan Ong untuk "memberikan lebih tumpuan bagi menguruskan keadaan kesihatannya".
Dia juga tidak akan menawarkan diri untuk pemilihan semula sebagai ahli lembaga pengarah.
Keadaan kesihatan Ong menjadi perhatian di tengah-tengah perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung melibatkan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Ong disahkan menghidap barah sumsum tulang, berdasarkan laporan pada Februari lalu.
Hartawan berusia 79 tahun itu didakwa atas dua pertuduhan pada Oktober 2024.
Ong dituduh bersubahat dengan mantan menteri S Iswaran untuk mendapatkan lawatan ke Doha yang ditanggung sepenuhnya, dengan nilai sekitar S$20,850 pada Disember 2022.
Pertuduhan kedua pula mendakwa Ong bersubahat dalam menghalang proses keadilan dengan secara sengaja membantu Iswaran pada Mei 2023, ketika Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sudah memulakan siasatan, dengan membayar S$5,700 kepada Singapore GP bagi tiket penerbangan kelas bisnes dari Doha ke Singapura bagi lawatan yang sama.
Susulan satu persidangan praperbicaraan pada Februari, keputusannya untuk mengaku bersalah telah dinyatakan dalam sistem pengurusan kes mahkamah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.