Ong Beng Seng mengaku bersalah
Taikun hartanah Ong Beng Seng mengaku bersalah pada Isnin (4 Ogos) dalam kes yang berkait dengan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Ong Beng Seng (tengah) tiba di Mahkamah Negera pada 4 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Taikun hartanah Ong Beng Seng mengaku bersalah pada Isnin (4 Ogos) dalam kes yang berkait dengan mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Ong, 79 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan bersubahat dengan Iswaran bagi menghalang proses keadilan dengan membantunya membayar S$5,700 kepada Singapore GP bagi tiket perniagaan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura.
Bayaran tersebut dibuat beberapa bulan selepas dia menaiki penerbangan, dan hanya selepas Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menemui nama Iswaran dalam senarai nama penumpang ketika menyiasat satu kes berasingan.
Satu lagi tuduhan diambil kira, berhubung tindakan Ong menghasut Iswaran untuk mendapatkan tiket penerbangan dan penginapan hotel daripadanya.
Ini selepas Iswaran mendapat tahu Ong mempunyai urusan perniagaan berkaitan dengan tugasan rasminya.
Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan dalam kenyataannya selepas Iswaran dijatuhi hukuman pada Oktober lalu bahawa pihak pendakwa tidak akan mengemukakan tuduhan ke atas Ong atas penglibatannya dalam tuduhan lain yang dihadapi oleh Iswaran.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.