Skip to main content

Singapura

Ong Beng Seng akan didakwa di mahkamah 4 Okt berhubung kes Iswaran

Hartawan hartanah, pengusaha hotel dan ketua GP Singapura Ong Beng Seng dijangka didakwa di mahkamah esok (4 Okt), menurut rekod mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ong Beng Seng akan didakwa di mahkamah 4 Okt berhubung kes Iswaran

Ong Beng Seng (kiri) di satu sidang media pada 11 Mei 2007, dan Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran di Mahkamah Negara pada 18 Januari 2024. (Gambar: Reuters, CNA)

Diterbitkan : 03 Oct 2024 07:40PM Dikemas Kini : 03 Oct 2024 10:54PM
SINGAPURA: Hartawan hartanah, pengusaha hotel dan ketua GP Singapura Ong Beng Seng dijangka didakwa di mahkamah esok (4 Okt), menurut rekod mahkamah.

Dia dikenakan tuduhan bersubahat setiap satu di bawah Seksyen 165, bagi seorang pegawai awam menerima barangan berharga dan Seksyen 204A kerana menghalang proses keadilan.

Encik Ong, 78 tahun menjadi tajuk berita dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana mempunyai kaitan dengan mantan menteri S Iswaran.

Dia dinamakan dalam tuduhan rasuah asal yang dijatuhi ke atas Iswaran, yang mana mantan menteri pengangkutan itu didakwa memperolehi tiket-tiket Formula 1 Grand Prix Singapura 2022 secara rasuah, serta tiket penerbangan dan penginapan hotel di Doha.

Tuduhan rasuah itu mendakwa hadiah-hadiah itu diperolehi sebagai ganjaran kerana memajukan kepentingan perniagaan Encik Ong dalam kontrak-kontrak bersama Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bagi Singapore GP dan konsert maya ABBA Voyage.
Encik Ong yang merupakan seorang warga Malaysia yang berpangkalan di Singapura, diberkas pada Julai 2023 dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Tiada tuduhan dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Selepas Encik Iswaran mengaku bersalah, Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan ia "akan menentukan keputusan berhubung Encik Ong Beng Soon tidak lama lagi".
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita