Ohm Energy peruncit elektrik ke-2 dalam 3 hari undur dari 'pasaran tidak menentu'
Pembekal tenaga elektrik Ohm Energy mengumumkan pada Jumaat (15 Okt) bahawa ia akan menarik diri dari pasaran elektrik di sini, selang beberapa hari selepas satu lagi pembekal, iSwitch, mengumumkan secara mendadak pengundurannya pada Rabu disebabkan keadaan pasaran.

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Pembekal tenaga elektrik Ohm Energy mengumumkan pada Jumaat (15 Okt) bahawa ia akan menarik diri dari pasaran elektrik di sini, selang beberapa hari selepas satu lagi pembekal, iSwitch, mengumumkan secara mendadak pengundurannya pada Rabu disebabkan keadaan pasaran.
Dalam satu kenyataan kepada pelanggan, Ohm menyatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ia menyaksikan "pasaran elektrik tidak menentu yang membuat harga pelan kami yang lebih rendah berbanding cukai yang dikawal, tidak dapat bertahan".
Menurut beberapa laporan media sebelum ini Ohm, serta beberapa peruncit elektrik lain, berisiko akan menggulung tikar.
Ohm menyatakan semua pelanggannya akan dipindahkan semula ke SP Group bermula 20 Oktober, sambil menambah bahawa pelanggan juga akan menerima bayaran ex-gratia sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka terhadap syarikat tersebut.
Pelanggan boleh melihat bayaran itu dalam bil terakhir mereka.
"Kami sedang bekerjasama dengan Penguasa Pasaran Elektrik dan SP Group untuk memastikan pemindahan semua pelanggan kami yang ada ke SP Group berjalan lancar," kata Ohm.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa tidak akan ada gangguan pada bekalan elektrik anda."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.