Skip to main content

Singapura

Ogos 2019 bulan paling kering dan panas dicatatkan - Jabatan Kaji Cuaca Singapura

Besar kemungkinan bulan ini adalah bulan Ogos paling kering dan panas pernah dicatatkan di Singapura, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Ogos 2019 bulan paling kering dan panas dicatatkan - Jabatan Kaji Cuaca Singapura

(Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 30 Aug 2019 10:43PM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 10:46PM

SINGAPURA: Besar kemungkinan bulan ini adalah bulan Ogos paling kering dan panas pernah dicatatkan di Singapura, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (30 Ogos).

Menurut MSS, Singapura mengalami musim keringnya yang pertama sejak lebih lima tahun lalu, iaitu dari 31 Jul hingga 16 Ogos.

Setakat 29 Ogos, jumlah keseluruhan hujan yang dicatat di stesen kaji iklim di Changi, bagi bulan ini adalah 11.8mm, jauh lebih rendah berbanding paras rendah pada Ogos tahun 1888, iaitu 18mm.

Ogos 2019 juga merupakan bulan yang panas, dengan suhu maksimum harian mencecah sekurang-kurangnya 34 darjah Selsius selama 13 hari, setakat 29 Ogos.

Suhu paling tinggi adalah 34.8 darjah Selsius yang dicatatkan di Bendungan Marina pada 23 Ogos, manakala suhu minimum pada waktu malam secara purata lebih tinggi mencecah lebih 26 darjah Selsius di kebanyakan kawasan di Singapura.

Setakat 29 Ogos juga, suhu purata bulanan yang dicatatkan adalah 29.1 darjah Selsius.

"Oleh itu besar kemungkinan, Ogos 2019 adalah bulan Ogos yang paling panas di Singapura sejak suhu cuaca dicatatkan pada tahun 1929," menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita