Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

OCBC akan naikkan kadar faedah bagi akaun simpanan 360

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: OCBC Bank akan menaikkan lagi kadar faedah bagi akaun simpanan 360 utamanya, berikutan langkah serupa pada bulan Ogos.

Para pelanggan boleh mendapat faedah sebanyak 4.65 peratus setahun mulai Selasa (1 Nov) untuk S$100,000 pertama dalam akaun simpanan mereka.

Ia adalah kenaikan daripada 1.85 peratus buat masa ini apabila pelanggan menyalurkan gaji, simpanan dan berbelanja dengan bank itu.

Ini merupakan kadar faedah tertinggi dalam sejarah akaun simpanan 360, menurut OCBC dalam satu kenyataan media pada Isnin (31 Okt).

Kriteria dalam ketiga-tiga kategori - gaji, simpanan dan perbelanjaan kekal tidak berubah.

Untuk layak menerima kadar faedah yang lebih tinggi, pelanggan harus menyalurkan gaji sekurang-kurangnya S$1,800 melalui GIRO, meningkatkan baki akaun mereka sekurang-kurangnya S$500 sebulan, serta membelanjakan sekurang-kurangnya S$500 menggunakan kad kredit OCBC terpilih.

Kumpulan kad yang layak akan diperluas bagi kategori perbelanjaan termasuk kad kredit OCBC Titanium Rewards, kad Visa OCBC 90°N dan Mastercard OCBC 90°N.

Pelanggan yang memenuhi syarat untuk dua lagi kategori – Kekayaan (Insurans) dan Kekayaan (Melabur) – boleh memperoleh faedah sebanyak 7.65 peratus setahun bagi S$100,000 pertama dalam akaun bank mereka mulai 1 November.

Ia merupakan kenaikan daripada kadar semasa 4.05 peratus.

"Langkah penambahbaikan ini akan memanfaatkan tujuh dalam sepuluh pemegang Akaun OCBC 360 yang sudah memperoleh faedah bonus daripada sekurang-kurangnya satu kategori,” kata Ketua Pengurusan Kekayaan OCBC Singapura, Tan Siew Lee.

Di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang tinggi, bank-bank di Singapura berusaha untuk terus berdaya saing dari segi deposit.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan