OBU tiada kesan ke atas bahagian elektronik kenderaan elektrik: LTA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Unit dalam kenderaan (OBU) sistem ERP 2.0 baharu tiada kesan terhadap bahagian elektronik atau wayar kenderaan elektrik seperti Tesla, dedah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (27 Mei).
Penjelasan tersebut diumumkan selepas timbul kebimbangan terhadap kesesuaian ERP 2.0 dengan kereta Tesla. LTA mengesahkan kepada Mediacorp awal bulan ini bahawa penggunaan sistem tersebut pada kereta Tesla baharu akan ditangguhkan.

Profesor Madya Zhou Yi daripada Kluster Kejuruteraan Institut Teknologi Singapura (SIT) dipetik dalam rencana CNA, yang berkata bahawa OBU sistem ERP 2.0 mungkin menjejas bateri atau prestasi kenderaan Tesla.
Menerusi satu catatan di Facebook pada Isnin, LTA memperbetulkan kenyataan tersebut.
"OBU tidak mempunyai kesan ke atas bahagian elektronik atau wayar kenderaan elektrik," tulis LTA dalam catatan tersebut.
"Ia hanya memperoleh kuasa daripada bateri kenderaan untuk beroperasi".
LTA menambah bahawa sebagai langkah perlindungan tambahan, kakitangan yang memasang OBU akan menjalankan ujian ke atas kenderaan elektrik "untuk memastikan ia tidak memberi sebarang kesan kepada prestasi kenderaan".
Agensi tersebut juga menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan penjual kenderaan supaya memastikan OBU tidak menjejas prestasi kenderaan.
"Pemasangan OBU bagi kenderaan lain, termasuk jenama EV lain, sedang dijalankan seperti yang dirancang," tambah LTA.
UNIT PEMPROSESAN TIDAK AKAN CEDERAKAN PENGGUNA: LTA
LTA pada Isnin juga menangani kebimbangan berkait unit pemprosesan ERP 2.0 yang "mencederakan" pengguna.
Sebelum ini, satu rencana oleh Straits Times dalam bulan ini yang memetik seorang penjual kereta yang berkata terdapat kemungkinan unit pemprosesan akan menjadi panas dan mencederakan kaki kiri pemandu.
LTA menyangkal dakwaan tersebut, dengan menyatakan bahawa OBU sudah lulus sejumlah ujian dan memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk ujian suhu dan kelembapan.
LTA menambah bahawa OBU sudah diuji untuk menahan air dan ia dilindungi daripada percikan air, seperti daripada payung yang basah.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.